RAHSIA TEKNIK ‘FOC’ UNTUK USAHAWAN

Salam semua.Sebelum saya menulis panjang mengenai teknik FOC yang saya belajar melalui pengalaman dan juga dari sifu dan mentor mentor saya ini.Pesanan saya anda JANGAN BACA sekiranya anda ni tak minat untuk buat bisnes atau buat bisnes main main ala kadar jer sekadar melepas batuk di tangga.Sebab apa yang saya nak share ni khas untuk mereka yang betul betul serious dalam apa yang dia buat termasuklah bisnes mahupun karier dia.

 

Bunyi macam seriouskan..Tengok?? anda masih lagi membaca yea….bermaksud anda ni betul betul nak belajar dan nak tahu tips yang bakal saya tulis untuk kebaikan kita bersama.Sebenarnya xde lah panjang sangat apa yang saya nak tulis ni janji anda semua yang membaca ni boleh faham dan amalkan kerana ianya sangat penting, sebab mungkin semua dah tahu tapi mungkin ade yang terlupa, jadi saya cuba bantu anda untuk ‘panaskan’ balik, tu jerrr..

 

Rata rata mentor atau sifu yang saya belajar akan sentuh mengenai point yang saya nak cakapkan ini.Dan melalui pengalaman dan perjalanan hidup saya juga saya sendiri sudah pun apply dan ianya memang betul betul memberi perubahan besar dalam hidup dan karier saya.Jadi saya pun cari lah masa untuk menulis dan jadikan dia satu tips yang dinamakan ‘FOC’ tips, xde niat lain semata mata adalah untuk berkongsi dan memberi manfaat kepada semua.

 

Ok2 lah..terpanjang pulak intro nya..biasa la sebelum nak menulis jenuh pikiaq apa nak tulis, tapi bila dah mula panjang pulak cter nyerrr..

 

Apa FOC ni?  Cer Cter Cer Cter…

 

 

 

 

sujud

 

F – Fardhu

 

Semua tahu kan..kita orang Islam ni memang wajib dan mesti buat lah kan..bukan banyak n susah pun.5 minit dan 5 waktu jer setiap hari. Apa yang saya nak share bukannya hukum dan dosa pahala kalau tak solat.Sebenarnya FARDHU= SOLAT 5 waktu ni dapat mengajar dan juga mendidik otak,minda dan keseluruhan anggota badan kita untuk FOKUS.So bila kita boleh fokus dalam solat dengan mengambil masa 5 minit saje, bermaksud kita sebenarnya mampu untuk fokus dalam kerjaya, bisnes mahupun tugasan kita.Tak susahkan? Tak caya cuba kita sama sama betul betul fokus dalam solat selepas baca artikel ni, dan kita lupakan segala urusan bisnes dan diniawi buat seketika.Masyallah selepas tu otak kita rasa sangat segar dan mula lah macam macam idea masuk bila otak minda kita dah betul stable. 5 minit juga ibarat kita rehat kan refresh otak kita yang serabut dengan segala masalah cabaran itu.Kalau computer pun kene selalu refresh,apatah lagi otak kita ni kita jarang jarang ‘upgrade’ OS baru ni kan?.. setuju tak apa yang saya cakap??

 

 

knock

 

 

O – Opportunity

 

Memang semua orang boleh cakap kene pandai rebut peluang, habis tu ape cer dengan aku ni dah 40 tahun tak muncul muncul peluang di depan mata..Katanyerrrrr..Silap tu bro.Janji ALLAH SWT selagi makhluknya masih bernafas selagi itulah ade rezeki dan peluang masing masing, cuma kes brader tadi tu mungkin dia hanya menunggu PELUANG itu datang di simpang 3 kat kampong dia dah 40 tahun dah…Memang tak la bro.

Orang yang Berjaya adalah orang yang cepat,pantas dan cargas merebut peluang. Macam mane tu?Maksudnya bila peluang datang dia terus buat keputusan sama ada nak take it or leave it. Dan orang yang Berjaya pula adalah orang yang bijak membuat keputusan.Macam mana nak buat keputusan yang bijak dan tepat? Ha..itu lah masalah problem nya…untuk nak dapatkan keputusan yang tepat dan bijak memang xde cara lain bro, kenelah bagi ilmu yang sebanyak mungkin pada akal kita tu.Sebab anda kene ingat,sekiranya kita berilmu dengan sendirinya ilmu yang tu lah akan menjadi advisor kepada akal kita yang menentukan keputusan bukannya nafsu kita yang selalu ‘mengakalkan’ kita. Hmmmm paham ke idok ni..kalau faham sila hangguk yea…ok2 tq.

 

Jadi macam mana pula kalau selalu nak dapat peluang yang BAEKKK punya.Tak susah pun bro, kalau nak peluang yang positive,baik,awesome,mantap,meletop dan wat ever lah yang ok2 jer.Kene lah jaga surrounding tu, kawanlah dengan yang baik baik,yang Berjaya,yang positive,yang kaki bisnes,yang ade ilmu,yang ade otak dan yang paling penting sendiri mau ingatlah brader!!!.. Sebab kita jer tahu sape kawan kita, so tak payah lah nak salahkan orang lain kalau dah 40 tahun tunggu encik peluang tak kunjung tiba tu.

 

Perasan tak kalau kita geng dengan hmmmm contohnya kaki ngumpat, ade jer peluang peluang topik yang hot untuk di ketupatkan kan kan kan!! Betul tak….haaa..nape senyum sorang sorang tu.terasa la tu…Contohnya kalau kita kawan dengan geng kaki ponteng sekolah, ni cter masa zaman sekolah dulu ler.. Ade je hari hari geng2 ni usha lain cikgu clear ke tak nak panjat pagar, so peluang tu sentiasa ada sebab kita mencari, kalau xde sekalipun kita yang mencipta peluang untuk kita nak melakukan sesuatu. Betol tak? Kalu setuju hangguk lagi sekali..ok dah. Cover line sikit.

 

Cuba kita tukar situasi tadi, boleh tak kita cipta kan peluang untuk diri kita sendiri untuk kearah kebaikan? Tak susah kan. Tapi kene ingat persekitaran kita seperti dengan siapa kita berkawan itu adalah sangat penting k.Sebab tu lah saya sentuh bab surrounding dulu tadi. So dah tahu ape nak kene buat? Sendiri mau ingat ye bro. OK BYE..

 

 

sedekah-ilustrasi-_120814161235-689

 

 

 

C – Contribution

 

Masalah utama orang kita ni adalah hanya suka MENERIMA dan tak suka MEMBERI.Itu lah antara salah satu sebab kenapa dah 40 tahun dok tunggu kat simpang 3 tu lagi.Bak kata omputeh  the MORE U GIVE the MORE U GET, pernah dengarkan?.. Tapi selalu buat ke? Kita takkan bahagia sekiranya kita tak buat orang lain bahagia, kita takkan senang kalau kita tak buat orang lain senang, kita juga takkan kaya kalau kita tak buat orang lain kaya. Haa…..itulah caranya..tak susah pun nak memberi ni.Tak semestinya memberi wang ringgit, banyak lah benda yang kita boleh beri, cuma nak ngan tak nak jer cter dia..Sebagai contoh, kalau ade ilmu tu jangan kedekut, SHARE je, tak luak pun malah makin banyak ilmu yang anda akan dapat. Haaa…ni lepas baca artikel ni boleh try share dengan member member simpang 3 tadi tu,tengok ape dieorang cakap.

 

Bak kata mentor saya, Prof. Muhaya cakap, sebenarnya apa yang kita ada sekarang ni adalah apa yang kita beri sebelum ini. So kalau semua benda yang baik baik je ade ngan kita sekarang ni bermaksud kita ni dah banyak bagi kebaikan kepada orang sekeliling kita, tapi kalua asyik benda tak elok je datang tu bermaksud kita kene tengok balik apa yang kita dah buat pada orang dan juga ALLH SWT.

 

Sebagai contoh yea..kita tengok orang yang Berjaya, semua benda kan nampak smooth dan baik baik jer ade ngan dia.Padahal dia xde lah kaya sangat,kita lagi Nampak mewah kan? Hakikatnya hidup dia jauh lagi best dari kita.Hmmm.. hidup ni bukan soal sape banyak duit,kaya raya dan bermewah mewahan, tetapi lebih kepada kebahagiaan dan ketenangan sebenarnya.

 

So moral of the story, kalau kita nak apa yang kita impikan.Kita kene lah memberi dulu, barulah kita dapat apa yang kita nak tu.Sebagai contoh kalau kita nak kaya dan Berjaya, hmmm macam mana bagi orang kaya tu (bagi duit) sedangkan aku pun tak cukup duit nak beli topup ni. Eh bro..relax bro..dia macam ni..Orang kaya adalah orang yang suka memberi,tak semestinya kita bagi orang 10 ribu baru kita dapat sijil kaya. Bukan, salah tu, sebenarnya orang kaya adalah orang yang sanggup memberi dan berkongsi rezeki kepada orang lain sebab walaupun dia bagi dan dia tak cukup duit, itu menandakan dia betul betul kaya tentang kenyakinan dan keimanan dia kepada ALLAH SWT yang memberi dan menentukan rezeki untuk sesiapa sahaja.

 

Maksud saya ada sedekah dan zakat.inilah sebenarnya saya nak share dalam CONTRIBUTION ni..Tapi xpe saya harap orang yang hebat hebat semua yang baca dapat ‘panaskan’ balik apa yang saya kongsikan ini.Tak susah pun, benda senang je malah ade yang dah buat pun setiap hari.So ini juga merupakan contribution saya untuk hari ni,Tak susah dan tak pakai modal pun menulis ini.Insyallah untuk manfaat semua.

 

Dah terpanjang pulak artikel ni, sorry janji tadi nak tulis pendek jer..insyallah nanti ade  mase saya akan shara pasal sedekat dan zakat.Ade satu peristiwa besar dalam hidup saya ‘DITEGUR’ oleh SESEORANG mengenai ZAKAT  dan SEDEKAH ini.

 

Korang nak tahu tak..Kalu nak sila komen SAYA NAK..SHARE PLEASE..

 

TQ semua.

 

 

Regards,

Fizo Omar
Fizo Omar Channel Sdn. Bhd.

Komen Anda?

Close
Top