9 KUNCI PINTU KEJAYAAN

  1. Pakai topeng

    1

Kalau hidup asyik pakai topeng nak puaskan hati semua orang, sukar nak berjaya hingga ke puncak. Sebabnya masa dan tenaga kita asyik difokuskan untuk jadi seseorang yang orang lain suka, semata-mata nak impresskan orang. Kalau terlalu nak jadi orang lain, sehingga terlupa jadi diri sendiri kita sendiri akan sengsara nanti. Sebab kita takkan berjaya walaupun orang impress dengan kita yang sebenarnya bukan diri kita. Kepuasan sebenar dan definisi kejayaan adalah bila kita perbaiki kelemahan diri kita, kita hadapi apa yang kita takut. Belajar daripada kesilapan dan baiki kelemahan biar jadi kekuatan yang baru. Jangan pakai topeng orang, pakai topeng diri sendiri. Jangan takut dengan pandangan orang lain, tak perlu perfectkan diri untuk orang tapi cubalah perfectkan diri setiap hari untuk diri sendiri dan Tuhan. Then you will inspire others dengan cara anda mengakui dan menangani kelemahan anda dengan baik, Yang pasti berusaha dari hati.

 

  1. Impian palsu

    2

Nak kenal diri sendiri memang payah, sebab kadang-kadang ada waktu kita pun tak faham apa yang kita nak sebenarnya. Selain cabaran untuk mengenal diri sendiri, antara cabaran hidup kita yang hebat adalah bergembira dengan apa yang kita cari dan buat. Mesti ada yang tak bersetuju dengan anda, cita-cita dan harapan anda. Bagus! Teruskan kerana itu bermakna anda ada pendirian anda sendiri. Sangat penting utnuk memburu impian anda tanpa mempedulikan kata orang. Walaupun mungkin idea itu gila, teruskan!. Bila diri sendiri tak sedar masa berlalu sambil mengerjakan apa yang patut untuk mencapai impian, itu tandanya anda tengah buat perkara yang betul. Teruskan! Kejar impian sendiri, bukan kejar impian orang dan kejayaan sudah hampir dengan anda.

 

  1. Toksik

    3

Jangan biarkan mereka yang berfikiran pesimis menghalang kejayaan anda. Ramai orang yang terinspirasi dengan kejayaan orang lain, ramai juga yang tidak betah  melihatnya dengan senang lebih-lebih lagi bila mereka sendiri masih tidak berjaya. Abaikan orang seperti ini sebaliknya bergaul dengan mereka yang berfikiran terbuka, yang boleh tidak lokek ilmu sekiranya anda bertanya, yang akan membetulkan kesilapan anda supaya tidak jauh tersasar walaupun kesilapan yang bodoh, kecil dan memalukan. Bergaul dengan mereka yang sentiasa mendorong anda untuk lebih berjaya, yang menolong anda waktu susah dan yang mengingatkan anda pada perjalanan impian yang anda mahu tuju dan mengkritik anda secara jujur supaya anda nampak ruang pada diri anda yang harus diperbaiki bukannya mengaburi anda sehingga lupa diri dan mimpi.

 

  1. Mengelak

    businessman in blue room with doors open

Kata orang, kalau nak tahu waktu silam, tengoklah waktu sekarang, kalau nak tahu masa hadapan, tengoklah apa yang kita lakukan sekarang. Setiap yang berlaku adalah rentetan daripada guru pengalaman yang mengajar kita tentang kehidupan. Manusia berubah dari semasa ke semasa kesan hasil pengalaman dan pembelajaran. Nak dapat perkara baru, kena buat perkara baru, lupakan yang lama. Kejayaan menanti anda sekiranya anda berubah untuk perkara-perkara baru. Jangan elak, face it!

 

  1. Paksa give up

    5

Istilah gagal sebenarnya wujud bila kita berhenti berusaha. Tapi jangan salah faham, kegagalan adalah satu result tanda anda harus lagi berusaha untuk maju ke hadapan. Tapi setelah berkali-kali berusaha dan mencuba lagi dan lagi, kalau masih lagi gagal, anda kena GIVE UP! Maksud give up bukan berhenti terus tapi paksa diri untuk give up buat perkara yang sama dengan langkah yang sama. Cuba fikirkan cara yang lain untuk ulangi sesuatu usaha atau perbuatan. Bila plan atau usaha setelah berkali-kali tu tak menjadi tidak mengapa, belajar tang mana silap dia and move on. Try something else. Teruskan melangkah dengan gagah bersama dengan sarat ilmu yang ditadah melalu kesilapan. The best way to learn is learning through mistakes. Rich knowledge and experience lead to rich result. OK?

 

  1. Sikit-sikit

    7

Jangan terlalu cepat nak dapat result yang baik setelah berusaha. Kerja keras siang malam nak kejar yang besar-besar je, yang dah dapat kecik-kecik, sikit-sikit depan mata tak nak tengok pulak. Bersyukur dengan apa yang dah ada walaupun tak sebesar mana. Bila yang dah ada kita tak hargai, tak hayati, tak puas dan tak bersyukur, dapat yang lagi besar, lagi banyak pun tak guna. Tanpa mampu bersyukur dengan yang sedikit kita tak akan mampu berpuas hati dengan yang banyak. Nak kejar semua tu sampai kubur tak nak berenti? Boleh…larat ke?  Relax, semua dah tertulis dalam aturanNya, tinggal usaha, doa dan tawakal je. Masa depan  memang tak dapat diramal, Yang penting belajar untuk menerima kehilangan kecil supaya bila suatu masa kita dapat berlapang dada bila sesuatu yang besar terlepas dari genggaman yang kuat. Teruskan menghayun langkah ke depan dengan membawa harapan dan kesyukuran.

 

  1. Sabar

    8

Pastikan anda cukup kuat untuk let go dan cukup bijak untuk untuk terus menanti apa yang selayaknya anda patut dapat. Kadang-kadang dalam dalam perjalanan kearah kejayaan kita kita kena jatuh ke bawah untuk dapat berdiri lagi tinggi dari yang sebelumnya. Kadang-kadang mata kita harus dicuci dengan air mata perit menanggung beban dan kesakitan agar kita boleh nampak dengan lagi jelas dengan wawasan harapan kita sendiri. Sakit itu yang menguatkan, penat itu yang melapangkan bila lelah waktu rebah nanti.

 

  1. Carpe Diem!

    9

Apa pun angan-angan korang tu, kalau betul nak buat sekarang. Jangan tunggu esok ke lusa ke, lepas pencen ke…hoooo..jangan…nak apa pun, segerakan, jangan bertangguh, peluang yang datang sekali tak mungkin akan datang lagi berkali kalau kita tak ambik peduli. Bina backbone yang kuat masa kejar impian bukan bina wishbone berbakul-bakul dalam mimpi. Nak jadi Usahawan Kaya Raya ke nak jadi Mat Jenin? Pilihlah dan bertindaklah. Tapi kalau pilih nak jadi Mat Jenin, takyah susah-susah buat ape-ape.Duduk berangan jer…tengok orang lain je maju, awak kekal mundur di situ.

 

 

Komen Anda?

Close
Top