9 TIPS KEJAYAAN UNTUK USAHAWAN

Orang  yang berjaya selalunya  akan belajar dari mereka yang telah mencapai kejayaan. Mereka juga mempunyai seorang mentor yang berbakat dan  luar biasa untuk menjadi  seorang usahawan, tetapi tidak semua orang boleh mencari seorang mentor secara peribadi.

Jika anda masih belum jumpa lagi mentor perniagaan peribadi anda, saya akan sharekan beberapa  tips kejayaan untuk usahawan muda atau yang bercita-cita untuk menjadi usahawan.

 

  1. CABAR DIRI SENDIRI.

Cabar diri anda untuk lakukan sesuatu. Jangan rasa selesa duduk di takuk yang lama. Ingat jika anda terlalu selesa dengan keadaan anda sekarang, sebenarnya anda sedang menempa kegagalan.

 

  1. AMBIL RISIKO.

“kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”betul tak?.. hah kita tidak akan tahu apa hasilnya jika kita tidak berusaha.  Jeff bezos berkata “dia tidak akan menyesal dengan kegagalan, tetapi dia akan menyesal jika dia tidak mencuba”

 

 

  1. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.

Henry Ford pernah berkata, “Sama ada anda fikir anda boleh, atau fikir anda tidak boleh.” Percayalah bahawa anda boleh berjaya, dan anda akan mencari jalan melalui halangan-halangan yang berbeza. Jika tidak, anda hanya akan mencari alasan.

 

  1. MEMPUNYAI VISI.

seorang usahawan adalah seseorang yang mempunyai visi untuk sesuatu dan keinginan untuk mencapainya. Focus pada visi  anda dengan  jelas setiap masa. Jika visi anda jelas, maka kejayaan akan menghampiri anda !

 

  1. CARI LOGISTIK YANG BAGUS

Di mana ada berada , dengan siapa anda berkawan di situ akan mencerminkan siapa diri anda. Untuk menjadi usahawan yang Berjaya anda perlu ubah logistic kehidupan anda, bukan saya suruh anda pindah ke rumah yang berdekatan dengan orang – orang kenamaan. Tetapi perkara simple yang anda boleh buat cari networking orang – orang yang boleh kembangkan business anda.!

 

  1. HADAPI KETAKUTAN ANDA.

Mengatasi ketakutan adalah tidak mudah, tetapi ia mesti dilakukan. Arianna Huffington pernah berkata bahawa dia mendapati keberanian adalah seperti otot –otot  “lebih dia melaksanakan ia, semakin kuat ia menjadi”.

 

  1. MENGAMBIL TINDAKAN.

dunia ini penuh dengan idea-idea yang hebat, tetapi kejayaan hanya datang melalui tindakan. Walt Disney pernah berkata bahawa cara yang paling mudah untuk memulakan adalah untuk berhenti bercakap dan mula melakukan. Itu betul untuk kejayaan anda juga.

 

  1. TUNGGU KEJAYAAN DENGAN SABAR

Tidak ada orang yang berjaya dengan sekelip mata. Jika adapun hanya sedikit. Analoginya mudah jika cepat anda naik, maka cepatlah akan akan turun. Sapa yang nak macamtu kan?. So menunggu hasil kejayaan ini perlu bersabar. Jangan takut untuk melabur kejayaan untuk diri anda sendiri.

 

  1. MENGURUS TENAGA, BUKAN MASA.

Tenaga anda akan menghadkan apa yang anda boleh lakukan dengan masa, jadi uruskanlah  masa anda dengan bijak.

P/s: Kepada yang berminat nak belajar rahsia strategi bisnes yang akan bantu anda bagaimana nak mulakan bisnes dengan ilmu yang WOW! dan juga untuk majukan bisnes anda yang sedia ada , saya dan team saya akan mengadakan jelajah seminar “Start Your Business” di  Johor  pada 26 November 2016. Sila layari link website di bawah untuk maklumat lanjut. Jumpa kat sana!

seminarsyb.com

 

Komen Anda?

Close
Top