BAJET 2017- MENGAUM!!

BAJET 2017

BAJET 2017

Pejam celik, kita dh menghampiri penghujung 2016. Dalam sukuan terakhir yang masih berbaki, kami yang sama-sama berjuang dalam dunia keusahawan (skala kecil-kecilan) melihat pelbagai senario didalam dunia Small Medium Enterprise (SME). Ada yang mengambil keputusan untuk ‘meringankan’ beban kos operasi dgn mengecilkan skala perniagaan dengan menutup cawangan misalannya, ada juga mengundur diri dari industri tertentu kerana nak beri focus kepada portfolio ‘cash cow’ mahupun ‘raising star’ yang lain, malah ada yang terus hilang dari radar, hilang khabar berita.

Begitulah yang sering kami kongsikan kepada protégé F.O.C, dunia perniagaan bukan sekadar kisah bulan & bintang, namun ada juga sepak terajangnya, yang bakal merembat semangat yang pernah meluap-luap untuk bergelar usahawan. 2016, it’s a roller coaster!

Pada masa yg sama, makin ramai juga yang menuai hasil berlipat kali ganda dikala orang lain mengeluh tentang ekonomi. Geng SYB, BYB & FIZO OMAR CIRCLE sedia maklum formula REZEKI. Nnt kita recap ya, sebab kali ni, kami nak kongsi pandangan kami ttg BAJET 2017.
WOW!! Cam best je kan. Sebenarnya, kami sebagai sebahagian dari geng SMEs ni, menyambut baik pembentangan Bajet 2017 terutama untuk KEUSAHAWANAN.

start-up

Dalam ketika lambungan ombak ekonomi dunia, kerajaan mengambil langkah tepat pada waktunya, dimana tahun depan adalah tahun STARTUP & SME PROMOTION YEAR. Mana tidaknya.. dgn Dana Skim Jaminan Modal Kerja khas untuk Startups, Pelan Induk PKS, Rebat 2% untuk kadar faedah pinjaman & banyak lagi, bagaikan jumper start kepada SMEs yang baru nak bertatih.

Fizo Omar Channel Sdn Bhd yang green-horned ni (setahun jagung) sgt bersyukur dengan platform serta keperihatinan kerajaan dengan peruntukan yang sangat membantu bakal usahawan dan usahawan sedia ada, untuk terus merancakkkan micro-ekonomi masing2, dan pastinya dominos effect yg kecil-kecil ini akan memberi impak besar kepada negara. Ye lah, analogy ibarat kita campakkan batu kecil didalam kolam, lagi banyak batu yang dibaling semakin kuatlah riak gelombangnya.

Well, semoga 2017 bakal menyambut kita semua terutama SMEs ni dengan dakapan yg menghangatkan, menjamin perpaduan, mengalakkan ekonomi disamping mensejahterakan kehidupan rakyat seluruhnya. Merancanglah dari sekarang untuk 2017 nanti, sebab kalau tersilap dari apa yang dirancang setidak-tidaknya kita ada haluan yang nak dituju, berbanding dengan satu perniagaan yang tiada matlamat yang jelas, bagai berlayar dilautan lepas, menanti karam.

Jgn pernah was-was tentang rezeki, kerana ia berada ditangan MAHA KAYA, MAHA PEMURAH lagi MAHA ADIL. Berusahalah, nescaya kamu akan berjaya!! Kami menyeru kepada semua pejuang dunia SMEs, jangan mengalah dan terus berjuang ke puncak kejayaan!!

Komen Anda?

Close
Top