ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG TAHIYYAT (التَّحِيَّاتُ)

Kenapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

 

fizo omar-tahhiyat

 

 

 

 

 

 

 

 

التَّحِيَّاتُ المُبَارَكَةُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

TAHIYYAT adalah doa yang sangat penting kerana kita mengulanginya di dalam solat 5 waktu kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.

TAHIYYAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah Subhanahu Wata’ala dan Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam yang kita cintai semasa perjalanan Isra’ dan Mi’raj.
Ketika Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam bertemu Allah Subhanahu Wata’ala, dia tidak berkata ‘Assalamualaikum’, Apakah yang seseorang akan ucapkan kalimah ini apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

fizo omar - tahiiyat 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lalu Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:
“Attahiyyaatul Mubaarakatus Solawaatut Toyyibaatulillah” التَّحِيَّاتُ المُبَارَكَةُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَات لِلَّه
(Segala pujian yang berkat, segala doa dan kebaikan(ibadah) hanyalah untuk Allah)

 

Allah jawab:
“Assalamu ‘Alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarokatuh” السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Salam sejahtera ke atas kamu Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatanNYA).

Nabi Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Assalamu ‘Alaina Wa’ala ‘Ibadillahis So’lihin” السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
(Selamat sejahtera keatas kami dan kepada semua hamba Allah yang soleh (baik))

Dan para malaikat mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, lalu berkata:
“Ashhadu Alla Ilaha Illallah Wa Ashhadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Wa Rasuluh”
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Dan Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Hamba dan Rasul-Nya).

fizo omar- solat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SubhanAllah! Baru saya faham makna tahiyyat dalam solat. Sebelum ni kita sekadar baca sahaja tapi lagi best kalau kita faham apa yang kita baca dan buat setiap hari sehingga boleh membuatkan solat kita lebih khusyuk. Insya Allah.

Eh,tak sabar pula saya rasa nak belajar dan dengar secara live nanti apa yang bakal Prof Muhaya berikan semasa Seminar START YOUR BUSINESS 2.0 ‘SYB’ di Dewan Perdana, Menara MITI pada 22 Mei 2016 dari jam 8 pagi hingga 6 petang nanti. Jumpa di sana!

KILIK DI SINI..

http://fizoomar.com/syb2016

start your business SYB

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wallahua’lam…
Terima kasih kerana sudi baca…
Ha, apalagi sebarkan ilmu ni supaya bertambah dan mengalir saham korang nanti.
Insha Allah…

Komen Anda?

Close
Top