9 Amalan Sunat Khas Untuk Jadi Usahawan Gempak

Salam Jumaat semua, hari ni saya nak kongsikan  beberapa tip amalan sunat untuk usahawan yang saya dah buat dan akan buat . Bukan senang nak jadikan amalan sunat ni berterusan dan konsisten. Tapi, kita cubalah yang mana baik tu, tak rugi apa pun, Tuhan lagi sayang adalah, rezeki kita sume tu kan datangnya daripada DIA. Memang awal-awal ni susah tapi lama-lama OK lah. Saya ni pun bukannya Ustaz, baru nk start je pun. Amalan-amalan ni jugak yang dilakukan oleh mentor-mentor saya dalam dunia perniagaan. Jom baca and start buat …

Solat Dhuha

Keutamaan-Sholat-Dhuha

Solat dhuha ni best sebab cara nak buat simple je tapi kelebihan dia sangat besar. Bukan je kita dikira bersedekah tapi Allah pun akan sedekah kat kita rezeki yang sangat luas. Sesibuk mana pun kita cubalah curi masa kejap antara 8-12.30 tengahari untuk solat dhuha. Bukan je tuhan senang hati nak murahkan rezeki kita semasa berniaga tapi urusan kita pun  akan dipermudahkan juga. Mula-mula rasa berat tapi lama-lama oklah, 2 rakaat je pun.

 

Solat Sunat Qabliyah (sebelum dan selepas solat fardhu)

solat qab

Selain dhuha, solat sunat dua rakaat sebelum dan selepas  solat fardhu juga sangat bagus untuk kita buat setiap hari. Rasulullah SAW bersabda“Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim). Bila bangun pepagi, cuba dekatkan diri kita dengan Tuhan dengan amalan-amalan sunat ni. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu ni dikira pelengkap kepada solat kita. Yela, let say time solat wajib tu tak khusyuk, teringat nak ambik anak kat sekolah la, teringat customer mesej lupa nak reply la, jadi dengan buat amalan solat ni boleh la bantu kita tampung kekurangan solat fardhu kita tu.

 

Solat Tahajud

 

stars-at-night

Antara kejayaan besar bagi hamba Allah adalah bangun di tengan malam dan bertahajud. Menadah tangan, berdoa,merayu,merintih dan memanjatkan kesyukuran pada Ilahi pada waktu hening adalah antara perasaan yang sangat hebat pernah saya alami. Rasa sangat-sangat dekat dengan Allah.

Besar ganjarannya kalau dapat bangun tengah malam buat tahajud ni. Macam yang saya dah share sebelum ni kat artikel saya yang terdahulu, solat tahajud ni banyak manfaatnya. Bila dah terbiasa buat tahajud ni, saya sedar yang amalan ni mampu menguatkan jiwa dan ketaqwaan kita kepada Tuhan. Kita jugak akan dapat ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Perasaan tenang yang kita dapat waktu hening dan sunyi tu bila kita communicate dengan tuhan melalui tahajud dan doa sangatlah awesome. Betul-betul rasa dekat dengan Tuhan. Tryla…hehe

Amalkan ayat 1000 Dinar secara konsisten

 sribudinar

Saya rasa dah ramai tahu kelebihan ayat 1000 Dinar ni. Cuma yang saya perasan, banyak yang tampal kat gerai-gerai dan sebagainya. Soalannya, korang hanya tampal atau amalkan? Seeloknya bacalah secara konsisten. Jangan semata baca sebab nak duet tapi baca dan jadikanlah sebagai amalan ibadah harian. Meniaga laju ke slow ker tu jangan jadikan sebab untuk baca atau tak baca ayat 1000 Dinar. Mana tahu, ni antara amalan yang akan diterima dekat SANA nanti.  Pada yang tak tahu lagi manfaatnya, antara kelebihannya kita dapat kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka, kita dapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan, dapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezalimandan bencana alam dan Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

 

Cuba permudahkan urusan orang lain

render of a person helping another climb a wall

Sebenarnya, kita tolong orang bukan semata-mata sebab nak buat baik tapi kita latih diri kita untuk jadi orang baik. Bila ada orang datang meminta pertolongan, itu sebenarnya peluang besar untuk kita cari pahala. Tu juga peluang untuk tambah saham akhirat. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insha-allah urusan kita akan dipermudahkan tuhan. Kalau Allah tak bagi rezeki melalui perniagaan, Dia akan beri dengan cara lain. Keep holding on your faith.

 

Elakkan musuh

white flag

Tipulah kalau kita tak pernah gaduh dengan orang, salah faham dan sebagainya. Tu biasalah kan, tapi nak meniaga ni, sebolehnya kita kena jaga hubungan kita dengan sume orang. Bila kita ada networking besar, lagi senang kita nak expand bisnes. Bila gaduh dengan orang, bukan je hati tak tenang tapi Allah pun tak suka kan. Sebolehnya cuba elakkan bertengkar dengan sesape.Kalau tak boleh nak elak kan jugak lepas cakap elok-elok, diam dan ignore je. Masa kita lebih berharga untuk perkara lain atau orang lain dalam lingkaran positif.

Jangan ambil untung berlebihan

money

Bila meniaga memang nak untung, kenapa nak untung? Sebab nak kaya kan…memang betul, sape tak nak kayakan..Tapi jangan lah melampau sangat… kalau caj terlalu mahal takut nanti termasuk dalam kategori riba pula…biarlah bersesuaian dengan harga kos, biar kita dan pelanggan kita sama-sama untung, sama-sama puas hati.

 

Berurusan secara halal

00_Image

Jangan jual benda-benda yang haram walaupun lagi senang nak dapat untung. Tak dinafikan, terkadang tulah cara paling cepat nak dapat untung sebab banyak permintaan dari orang ramai. Kadang-kadang produk tu mungkin halal tapi cara kita dapatkan produk tu mestilah dari sumber dan proses yang halal. Tak guna juga kalau kita kita dapat untung tapi cara kita berurusan tu Tuhan tak suka. Takut nanti tak berkat perniagaan kita walaupun duet masuk memanjang.

Sentiasa doakan untuk diri sendiri dan orang lain

berdoa

Yang ni tak boleh lupa ni, simple tapi terkadang malas nak buat, malas nak doa panjang-panjang kan. Jangan cenggitu… lagi banyak kita doa, merayu-merayu, lagi Allah suka. Apa-apa pun yang kita dapat, banyak mana pun rezeki kita ada, sumenya terpulang pada DIA. Jadi doalah bukan untuk kita je, untuk kebahagiaan, kekayaan, kesihatan dan macam-macam lagi untuk orang lain jugak. Biar sesama happy. Keep your circle positive =) Amalan ni bukan untuk usahawan jer..tapi untuk semua orang.. Tapi kalau diamalkan, insha-allah kita akan dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmatnya. Akhir sekali, lepas buat semua amalan ni, dah doa, usaha dan bertawakallah. Kalau saya boleh buat, anda-anda ni apatah lagi. Jangan lupa amalkan ye…ajak kengkawan lain amalkan juga dengan share artikel ini. Selamat menjadi usahawan dunia akhirat!

output_Q0bKAQ

 

 

 

 

 

 

KLIK DI SINI..

http://fizoomar.com/syb2016

Komen Anda?

Close
Top