ANAK CINA Vs ANAK MELAYU

UMUR 7 TAHUN DAH DIHANTAR KE SEMINAR MOTIVASI PERNIAGAAN.

 

Bukan nak buat perbandingan atau perkauman antara anak cina dan anak melayu dalam cerita saya ni.Walau apa pun yang saya tulis ni, saya tetap anak melayu kelate yang dibesarkan dengan budaya melayu dan makan nasi budu juga.Apa yang saya nak share ni adalah pengalaman saya sendiri yang hadir ke seminar Success Resources selama dua hari di Hotel One World Petaling Jaya.

 

Alhamdulillah banyak ilmu baru yang sangat bermanfaat yang saya dapat selama berkampung 2 hari di hotel tersebut bersama lebih 3000 peserta yang datangnya dari pelbagai negara,warna kulit,bangsa dan agama.Cuma boleh kira dengan jari lah berapa ramai yang berkulit sawo matang,melayu kita yang ada dalam dewan tu.Rata rata kiri kanan adalah bangsa kecik matanya tapi besar cita citanya iaitu bangsa Cina yang memenuhi setiap pelusuk dewan dan stay focus selama 2 hari sesi yang sangat padat dengan ilmu itu.Mana tak padatnya…back to back session bersama dengan 10 orang speaker yang sangat hebat dan no.1 dalam bidang masing masing termasuklah pakar motivasi yang menjadi idola dunia iaitu Nick Vujicic yang telah ‘takluk’ dunia tanpa kaki dan tangannya.

WhatsApp Image 2016-07-31 at 12.06.30 AM

Bersama Tn Talib,my biz partner and CEO Fizo Omar Channel.

Baiklah apa yang saya nak berkaitan tajuk yang saya tulis adalah tiada lain tiada bukan adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada orang kita dan mengambil contoh bangsa lain, bangsa cina terutamanya mengenai bagaimana mereka mendidik anak mereka sejak kecik lagi.Jangan kecam saya pulak nanti yea..ambil lah kisah ini sebagai satu perkara yang positif untuk kita pelajari dan contohi dan bukannya bahan untuk menghentam ataupun sesuatu yang berbau negative.

 

Dalam saya sedang memberi tumpuan kepada speaker diatas pentas,tiba tiba tumpuan saya teralih kepada seorang kanak kanak cina yg duduk betul betul di hadapan saya bersama ibunya dan teddy bear ‘bantal busuk’ agaknya.Ye memang bukannya adik tu je yang berada dalam dewan tersebut,malah ramai lagi saya tengok ibu bapa yang membawa anak anak mereka (cina) sekitar umur 7 hingga belasan tahun bersama mereka untuk berada dalam dewan yang pada saya sesuai untuk oraang dewasa dan mereka yang minat buat bisness dan pelajari sesuatu yang baru sahaja.Saya macam tertanya tanya lah kenapa diaorang ni bawa kanak kanak ke program macam ni.Sebab pelik bagi saya kerana saya tak pernah nampak orang kita (melayu) yg berbuat demikian walhal saya dah join macam macam jenis seminar di Malaysia ni.Jadi saya pun observe lah  apa yang budak ni buat dalam dewan ni.Sambil kepalanya lentuk baik di bahu ibunya dan ‘bantal busuk’ nya dipeluk erat,rupanya sebelah tangannya sedang memegang handphone.Saya pun mula kepoh la tengok apa dia buat dengan fon tu,agak terkejut monkey jugak lah saya apabila mata saya zoom kat skrin handphone nya.Hampir kesemua point yang diceritakan oleh speaker yang sedang bercakap diatas pentas itu di tulisnya satu per satu dengan detail.Ya Allah..saya sendiri pun kadang kadang macam lost dalam dewan tu,ye la mana tak nya sesi 2 hari yang sangat pack dari awal pagi hingga ke petang.Hilang focus jugak la sekali sekala.Tapi bila tengok note adik tu yg berusia lebih kurang 7 ke 10 tahun dapat follow dan take note hampir kesemua point yg di kongsikan, dah la sebelah tangannya ada ‘bantal busuk’ tu.

WhatsApp Image 2016-07-30 at 9.59.21 PM

something nice to share..

Sehingga ke petang dan selesai program tersebut memang dia tak berganjak dan focus je dengan apa yang di kongsikan oleh semua speaker seperti orang dewasa yang lain dalam dewan tersebut.Saya betul betul respect bukan sahaja kepada adik tu juga kepada ibu bapa dan cara budaya mereka mendidik anak anak mereka dari kecil lagi terutamnya dalam bidang perniagaan.Dah la bayaran yang dikenakan untuk setiap seat bukan lah murah,mencecah ribuan ringgit harganya.Sanggup mereka spent semata mata untuk mendidik dan menambah value kepada anak mereka sejak dari kecil lagi.Saya tahu bukannya tak ada langsung orang melayu kita yang berbuat demikian,Cuma mungkin agak jarang sekali.Alangkah baiknya kalau kita mencontohi budaya mereka,baru lah dari generasi ke generasi kita akan jadi lebih baik dan berilmu.Sebab bak kata mentor saya,pelaburan ilmu adalah pelaburan yang terbaik dan tidak akan merugikan sampai bila bila.Saya doakan semoga kesedaran ini akan wujud dikalangan bangsa kita yang tidak kurang hebatnya berbanding mereka.Dan saya juga memohon maaf sekiranya perkongsian saya ini menyentuh sensitiviti mana mana pihak dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman sahaja.

WhatsApp Image 2016-07-30 at 9.59.20 PM

im so sory dik..its ur privacy..but its really inspire me…

Anyway..saya boleh katakana seminar kali ni memang antara seminar yang terbaik yang pernah saya sertai.Insyallah saya secara rasminya sudah pun berdaftar untuk sertai coaching dan menjadi anak murid kepada JT FOXX pada bulan September nanti.Tak sabar pulak saya nak share dalam seminar Start Your Business SYB nanti.

 

WISH ME LUCK .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top