ANDA ADALAH SEORANG TUKANG KAYU!

Pernah tak dengar cerita pasal pemotong kayu dan tauke balak? Pada waktu dahulu, tauke balak ni memerlukan seorang pemotong kayu untuk tebang pokok-pokok balak di kawasan tanahnya menggunakan kapak. Lalu datanglah si pemotong kayu yang kuat ni menawarkan diri untuk berkhidmat dengannya. Setelah mendapat pekerjaan tersebut, si pemotong kayu berazam untuk melakukan yang terbaik semasa bekerja. Tauke balak tersebut memberikan sebilah kapak baru kepada tukang kayu tersebut lalu menunjukkan tempat dimana dia harus bekerja. Pada hari pertama, si tukang kayu berjaya menebang 18 batang pokok. Tauke kayu balak berasa sangat gembira lalu berkata “Syabas! Teruskan berusaha…”. “Baiklah, saya akan berusaha dengan lebih keras!”, nekad si pemotong kayu.

1

Pada hari kedua, si pemotong kayu telah berusaha dengan lebih kuat akan tetapi hanya berjaya membawa 15 batang pokok yang telah ditebang. Pada hari ketiga, si pemotong kayu telah berusaha dengan lebih keras tapi hanya berhasil menebang 10 batang pokok sahaja. Hari ke hari, prestasi si pemotong kayu terus merosot. Bilangan pokok yang ditebang semakin berkurang setiap hari. Si pemotong kayu rasa bersalah lalu berjumpa dengan tauke balak dan meminta maaf. “Maafkan saya bos, saya rasa saya dah hilang kekuatan, sebab tu saya tak dapat tebang pokok dengan banyak seperti selalu”. Lantas Tauke Balak bertanya, “Bila kali terakhir kamu mengasah kapak yang saya bagi?”. Jawab si pemotong kayu, “Saya tidak ada masa untuk mengasahnya kerana sibuk ingin menebang pokok sebanyak yang boleh”. “Nah! Itulah puncanya, kekuatan kamu semakin kuat tetapi alat yang kamu gunakan untuk salurkan kekuatan kamu sudah tumpul, mana mungkin kamu akan dapat hasil yang sama”.

2

Mungkin anda pernah dengar cerita ini, mungkin tidak. Tapi sedarkah anda yang pemotong kayu itu andalah anda sendiri. Sebagus mana pun anda, seberjaya mana pun anda, hatta dalam dunia bisnes sendiri, kalau anda berhenti belajar, berhenti berkembang, berhenti memajukan diri, anda akan berada ditakuk yang sama dan lama. Malah lebih teruk lagi mungkin prestasi anda dan bisnes anda makin merosot. Persoalan saya, kenapa mahu biarkan diri kebelakang sedangkan yang lain melangkah ke depan. Berhenti seketika melakukan apa yang anda sedang buat sekarang. Ambil masa renung sejenak apa yang telah anda lakukan, curi masa seketika dari kesibukan anda dan bukalah ruang untuk menggilap potensi diri yang mungkin anda sendiri tidak tahu.  Teruskan belajar dan belajar tentang selok belok dunia bisnes. Bergurulah dengan ilmu dan pengalaman, maka anda akan terus melangkah kehadapan dan perjalanan kehidupan anda pasti akan lebih indah jika dapat terus berusaha mengejar impian dengan cara yang betul dan berjaya setiap hari.

 

Tonton video perkongsian ilmu bisnes Fizo Omar:

https://www.facebook.com/fizoomar/videos/10154764152405827/

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    

Komen Anda?

Close
Top