ANDA PERLUKAN MENTOR UNTUK BERJAYA

Larian 100 meter dalam masa 12.07 saat meletakkan Ridzuan Puzi sebagai jaguh dunia paralimpik. Menjadi punca bergemanya lagu ‘Negaraku’ di Rio De Janeiro buat pertama kalinya. Namun, di sebalik kejayaan luar biasa ini, di belakangnya juga ada mentor/guru yang luar biasa. Itulah dia R. Jegananthan.

Sering kita dengar, untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, kita harus ada seorang mentor/guru yang boleh membimbing kita. Tentu saja mentor tersebut orang yang sudah berjaya dan mereka sanggup untuk membantu kita
Ramai orang nak berniaga tapi tak tahu nak buat bisnes apa…

Ramai orang nak menjadi seorang usahawan tapi tak tahu macamana nak mula..

Ramai orang nak berjaya dalam perniagaan tapi tak ada MENTOR/GURU/SIFU untuk memberi tunjuk ajar & bimbingan yang betul..

 

hah camna tu..??

Istilah mentor perniagaan atau business coach baru diperkenalkan dalam dunia perniagaan sejak akhir-akhir ini. Padahal sebenarnya ia sudah lama dipraktikkan secara tidak lansung dalam lingkungan perniagaan. Mentor perniagaan merupakan seorang pengamal perniagaan yang berpengalaman kemudian berkongsi ilmunya kepada pengusaha yang baru berkecimpung. Ia banyak dipraktikkan dalam masyarakat kita seperti ayah yang membimbing anaknya atau seorang bapa saudara membimbing anak buahnya

Kenapa kita memerlukan mentor?

Dengan bimbingan seorang mentor, seorang usahawan muda dapat belajar dan mencontohi pengalaman seorang mentor yang sudah berjaya. Jadi usahawan muda dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan berbanding dengan melakukan cubaan sendiri. Dengan ini dia dapat menjimatkan waktu, wang dan tenaga yang terbuang apabila melakukan cuba dan gagal (trial and error).

Dalam dunia perniagaan moden, cara ini banyak dipraktikkan. Contohnya dalam bidang pemasaran internet atau perniagaan franchise dan banyak lagi. Dalam perniagaan franchise,  anda hanya perlu mencontohi sistem perniagaan yang telah teruji berkesan sebelum ini.

Bermentor menggunakan buku dan internet adalah bagus, tetapi pembelajaran sehala tidak memberi impak yang maksimum kepada pembacanya. Untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru interaksi dua hala ataupun komunikasi dua hala perlu di lakukan supaya lebih berkesan.

Apabila kita mempunyai mentor, sedikit sebanyak, kita akan dapat memastikan perancangan kita berjalan dengan lebih lancar. Sekiranya kita ingin membuka perniagaan misalnya, ataupun ingin meluaskan perniagaan, sekiranya kita melakukannya dengan membuta tuli, pasti ada perkara yang kita terlepas pandang atau tidak bersedia menghadapinya. Perkara ini mungkin boleh dielakkan atau dikurangkan apabila kita mempunyai mentor yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Ini kerana dengan adanya mentor anda boleh mencapai kejayaan yang sama dalam masa yang lebih singkat kerana mereka membimbing anda agar tidak melakukan kesilapan yang sama yang telah mereka lalui. Satu lagi sebabnya anda sebenarnya boleh mendapat formula khusus atau jalan pintas untuk anda mencapai mencapai kejayaan yang sama.

Jadi, jika anda masih belum mempunyai mentor, apa kata mulai sekarang anda cari seseorang yang anda kagumi dan telah mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing dan jadikan mereka mentor hidup anda. Pelajari minda, sikap dan tindakan mereka untuk mencapai kejayaan dan kekayaan!

Salam kekayaan dari saya Fizo Omar!

 

Komen Anda?

Close
Top