BUTA DI MATANYA TIDAK DI HATINYA

 

ANUGERAH DISEBALIK UJIAN. – DINI DAN KHAI

.

AMBIL LAH MASA SEKEJAP UNTUK BACA KISAH YANG MENGGEGARKAN JIWA KITA SEMUA.

.

Rezeki saya berkongsi pentas dengan 2 insan terpilih yg diuji oleh ALLAH yang cacat penglihatannya.Sebelum sesi saya untuk bg talk kpd usah

awan TUBE di Kota Belud, saya sampai lebih awal dr masanya dan berehat sekejap dlm kereta.Dan tiba2 saya terdengar suara dan alunan gitar yang sgt merdu, dan diselang selikan dengan perkongsian kisah hidup mereka yang sangat memberikan insiprasi kpd saya.

Terus tertanya tanya, dasyat betul bakat orang Kota Belud ni, kemerduan suaranya dan nyanyian dari hatinya membuatkan saya terpanggil untuk mendengar lebih jelas terutamanya kisah kehidupan mereka.Saya secara senyap2 dari kereta ke belakang stage kerana tidak mahu audience perasan kehadiran saya takut nanti tertanggu pulak persembahan mereka di atas pentas ketika itu.

 

Dini dan Khai, ceritanya yang sangat memberi motivasi kepada saya.

 

PECAH BIJI MATA TERKENA BOLA RAGBI.

Bagaikan kene sentap jiwa ni bila mendengar kisah mereka yang pada awalnya normal dan dapat melihat  dgn baik mcm kita semua.Rupanya yang main gitar tu adalah Khai dan dia totally blind sejak 3 tahun lepas.Baru sahaja Allah menguji dia dengan asbab asbab yang telah diatur olehNYA.Ceritanya semasa di sekolah dia aktif main ragbi dan tiba2 bola ragbi dengan lajunya terus ke biji matanya dan sehinggakan pecah biji matanya.Memang tidak dapat diselamatkan lagi dan matanya terus tidak berfungsi on the spot dan dia hanya bergantung kpd mata sebelah kiri sahaja, itu pun kurang jelas penglihatannya akibat tekanan pada biji mata  yang makin lama makin pudar pandangannya.Tidak pernah menyalahkan takdir malah dia terus bersemangat utk menduduki SPM ketika itu walaupun dia terpaksa menggunaka 2 biji meja ketika exam disebabkan kertas peperiksaannya yang istimewa dengan menggunakan font bersaiz 20 akibat matanya yang tidak lagi berfungsi secara normal.

.

Tidak menjadikan masalah penglihatannya sebagai satu alasan untuk berjaya,akhirnya dia mendapat keputusan antara pelajar cemerlang di sekolahnya apabila mendapat 6 A untuk SPM.Subhanallah. Hebat sungguh percaturanMU ya ALLAH.Seterusnya dia menyambung pelajarannya di UiTM dalam course – Actural Science, Lagi sekali dia buat ‘hal’ dengan dapat anugerah dekan untuk 2 semester awal di UiTM. Bila masuk semester ketiga lagi sekali ALLAH menguji nya apabila sebelah matanya yang kabur itu lah satu satunya sumber penglihatannya utk melihat dunia dan meneruskan kecemerlangannya dalam bidang pelajaran, tiba- tiba akibat tekanan pada biji matanya yang agak tinggi dan dia terpaksa menjalani pembedahan.Menurut katanya dia dapat melihat dan merasa cucukan yang terkena tepat pada biji matanya ketika pembedahan itu dan waktu itu jugalah merupakan kali terakhir dalam hidupnya yang dia dapat melihat.Selepas insiden itu matanya terus tidak berfungsi langsung dan dia disahkan buta kedua dua belah matanya.

Hidupnya gelap gelita tanpa penglihatan dan cahaya masa depan.Akibat itu dia terpaksa berhenti belajar di UiTM dan murung, moral down selama setahun.Masa itulah dia hanya bertemankan sebuah gitar untuk meluahkan isi hatinya yang amat sukar diterjemahkan.

Siapa sangka hari ni bakatnya yang sangat hebat bermain gitar ‘muncul’ disebalik dugaan yang telah ALLAH aturkan kepadanya sehingga membuatkan hati saya mendengar setiap petikan gitar itu membuatkan saya ingin kenal siapakah hamba ALLAH yg istimewa ini.

 

SAYA NAMPAK TAPI SAYA TAK TAHU APAKAH OBJEK ITU.

Pandangan saya hanya 20% je bang,saya nampak bayang2 je tapi saya tak tahu apa yang saya nampak. – Dini.

Ni pula cerita Dini,penyanyi yang bersuara luar biasa yang membuatkan saya terpanggil utk dekat dengan mereka.Dulu mata saya ok je, tapi bila umur saya 9 tahun mata saya ada masalah dan tidak tahu apakah penyakit yang sebenar dan puncanya.Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini Dokter telah menyatakan bahawa penyakitnya itu ialah molecular dystrophy dimana yg menyebabkan saraf di bahagian matanya telah rosak dan penyakit ini tidak dpt di ubati dan penglihatan nya akan beransur2 merosot. Kini penglihatan nya hanya 20 peratus sahaja.

 

MEREKA BUKAN  SAHAJA PENYANYI MAHUPUN PENGHIBUR.

Tidak dinafikan dengan bakat mereka malah jika saya nak bandingkan dengan ada sesetengah penyanyi tanah air kita, jauh mereka berdua ni lebih baik.Tetapi di mata saya mereka adalah sumber inspirasi kepada kita semua dan juga merupakan motivator yang mewujudkan rasa bersyukur kepada kita yang normal ini.Saya suka dengan konsep persembahan mereka yang menyampaikan lagu dan diselang selikan dengan kisah hidup mereka yang sebenarnya meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada audience.Naluri saya kuat mengatakan yang mereka akan menjadi motivator  dan sumber inspirasi yang luar biasa dengan menggunakan ‘kelebihan’ yang ALLAH kurniakan kepada mereka berdua.

 

TERIMA KASIH UMMI.

Ummi drive sendiri tgh2 malam dr KL ke Terengganu dan 6 kali berhenti sebab Ummi tak sihat, sakit lutut lagipun Ummi ni dah berusia 70 lebih dah.Allah juga yang aturkan pertemuan mereka dengan Ummi ni ibarat ibu mereka yang menjaga aktiviti mereka seharian dan membawa mereka ke mana mana jemputan show mahupun perkongsian motivasi.Sungguh mulianya hati ummi ni yang sanggup tinggalkan kerjaya untuk menjaga 2 insan pilihan ALLAH ini walhal mereka tidak mempunyai apa2 pertalian pun.

 

TERNGIANG-NGIANG.

Itulah situasi saya sekarang ini,jiwa dan naluri saya ini tidak dapat melupakan moment yang saya fokus mendengar perkongsian dan persembahan mereka di belakang pentas sehinggalah saya terus approach mereka dan tergerak hati saya untuk kenal lebih rapat lagi dengan mereka.Memang saya tak boleh lupa kisah mereka dan saya amat kagum dengan percaturan ALLAH SWT yang memberi ujian dan didatangNYA hikmah yang sangat luar biasa kepada meraka.Ia bermain main di kepala saya sehinggalah saya sendiri terjamahkan di dalam artikel ini untuk perkongsian kpd semua.Terima kasih kerana membaca dan semoga ini adalah merupakan satu ‘mesej’ kepada kita semua.

.

CARILAH HIKMAH DISETIAP KEJADIAN,SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK PERNAH ZALIM KEPADA KITA WALAUPUN SEJAHIL MANA SEKALIPUN KITA.

Komen Anda?

Close
Top