APLIKASI PINTAR UNTUK PENGGUNA BIJAK

Kita sedia maklum pembeli masa kini gemar membeli belah secara atas talian. Malah barangan basah atau keperluan dapur juga boleh ditempah melalui laman sesawang. Pro untuk pengguna, kita hanya perlu menunggu di pintu rumah sahaja sesudah bayaran dibuat.

Tapi kontranya, pilihan pasaraya atau premis yang menawarkan khidmat begitu masih terhad dan kita tidak dapat membuat perbandingan harga antara premis sebelum membuat belian.

Baru-baru ni di pejabat, team saya asyik bercakap tentang aplikasi yang memudahkan untuk membuat belian barangan yang memberi lebih nilai kepada wang mereka. Mereka bagi tahu saya juga patut muat turun aplikasi tersebut di telefon pintar saya sebab melaluinya banyak kelebihan yang ditawarkan dan paling penting tak ada iklan-iklan ‘pop up’ di aplikasi tu.

Mula-mula saya malas nak percaya sebab macam mustahil ada pembangun aplikasi yang gigih nak buat macam tu. Maksud saya setiap aplikasi yang dicipta pastilah pemilik rekaan mahu mengejar keuntungan melalui langganan atau iklan di dalam aplikasi rekaan mereka. Tapi setelah saya tahu bahawa aplikasi tersebut adalah inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), saya pun cuba muat turun sendiri.

Tak sia-sia rupanya! Setelah saya belek setiap fungsi dan cara penggunaannya, aplikasi PRICE CATCHER ni memang bawak banyak manfaat. Sebagai contoh kalau saya nak beli ayam proses, saya boleh buat carian menerusi kategori barangan segar yang tersedia dalam aplikasi ni. Hasilnya ia akan memaparkan senarai perbandingan harga antara beberapa premis yang berdaftar dengan KPDNKK untuk dibuat pilihan. Bermula dengan harga terendah sampai yang mahal. Lepas tu siap dengan alamat premis lagi!

PRICE CATCHER ni akan membenarkan anda untuk merancang perbelanjaan dengan maklumat bagi enam kategori utama barangan iaitu :

  • “Barang Segar”seperti ayam, daging, buah-buahan, makanan laut, sayur-sayuran, telur dan mee kuning dan lain-lain.
  • “Barangan Kering”seperti barangan kering (agar-agar, asam jawa, bihun kering, garam halus, ikan bilis, sotong kering, udang kering), rempah ratus, cili, bawang, beras, ubi, kacang dan lain-lain
  • “Barang Berbungkus / Tin / Kotak / Botol”seperti esen dan ragi, gula, ikan dalam tin, jem, kicap dan sos, minyak masak dan minyak sapi, roti, tisu, susu, tepung, santan kotak, jem, marjerin dan mentega, dan lain-lain
  • “Barangan Kebersihan”seperti berus gigi, sabun, dan ubat gigi.
  • “Barangan Susu dan Barangan Bayi”seperti susu bayi, makanan bayi dan lampin pakai buang.
  • “Minuman” seperti bahan-bahan minuman (horlicks, kordial, milo, nescafe quacker oats instant, teh dan lain-lain) dan minuman (ali cafe tin, coca cola botol, soya kotak,  dan  lain-lain).

Banyak lagi fungsi dan kelebihan PRICE CATCHER ni. Saya pun belum puas belek lagi keseluruhan aplikasi ni. Apa kata anda pun sama-sama muat turun ke telefon pintar masing-masing, gunakan dan kongsi manfaat serta ceritanya dengan semua ok? Tersedia untuk platfom App Store dan juga Google Play.

#pricecatcher

#mykpdnkk

#caringministry

#penggunabijak

 

Komen Anda?

Close
Top