BAGAIMANA JACK MA BUAT RM 4.38 BILLION DALAM MASA 5 MINIT

Awesome!! Itu yang dapat saya katakan bila sekali lagi Jack Ma pengasas Alibaba Group berjaya mengaut keuntungan berbillion-billion ringgit dalam program tahunan 11.11 Shopping Festival’. Macam harini, tepat pada pukul 12.00 tengah malam semalam, jualan laku keras yang cuma dalam masa 5 minit je, cecah 13 angka.. pitam!!

 

Dalam masa 2 jam sahaja, AliBaba berjaya buat jualan sebanyak RM 31.54 billion menerusi Alibaba China dan juga pengedar,pemborong dan penjual di peringkat antarabangsa hanya dengan transaksi telefon. Dasyatkan??!…festival shopping berlansung dalam 24 jam dan Jack Ma berjaya buat duit yang kita sendiri mungkin takkan dapat kalau berniaga selama 10 tahun, yang dia cuma buat beberapa jam je.Kalau makan gaji apatah lagi, kirim salam. Jadi, macam mana sebenarnya Jack Ma dapat buat untung melalui festival ni?

 

Percaturan bijak Jack Ma adalah memilih tarikh 11.11 untuk buat festival shopping tahunan secara besar-besaran. Tarikh 11.11 di China sebenarnya adalah tarikh tidak rasmi bagi meraikan mereka yang masih single. Bukanlah bermaksud hanya yang single yang membeli, tapi tarikh itu sudah sinonim dengan rakyat China dan tarikh itu juga senang diingati bagi orang lain. Jadi bila dengar 11.11, sudah jadi tarikh signifikan untuk pembeli dan penjual AliBaba. Kalau ikut statistik, ada peningkatan dari segi pembelian berbanding dari tahun lepas dan pembeli China sendiri yang banyak membeli dalam masa 1 jam bersamaan dengan nilai jualan RM 22.78 billion. Dah terbukti yang ramai sudah mula tahu dan percaya untuk membeli secara online. Pada masa depan, ramai orang akan mula tukar cara shopping mereka dari cara tradisi kepada online sebagai gaya hidup baru.Dulu kena sorong troli cari barang sana-sini sekarang ni hanya perlu klik yang mana berkenan dan masukkkan dalam troli maya. Jimat masa, duit dan tenaga.

 

Jack Ma nampak potensi dan kuasa membeli secara online ni dari dulu lagi. Masa zaman orang tak reti sangat pakai computer, zaman yang orang yang ada disket nampak macam canggih dan orang ada CD simpan kalau rosak boleh buat kalung lagi jadi fesyen. Dekat China sekarang ni, hasil jualan yang melibatkan pembayaran online melalui smartphone je mencecah 235 billion mengatasi jumlah jualan di US. Pada tahun 2020, jualan melalui online diseluruh China dijangkakan akan meningkat hingga 6.3 trillion.

 

Jack Ma nampak peluang ini dan guna semua medium media yang ada terutamanya media sosial. Pada tahun ini, pelanggan AliBaba dapat saksikan Festival Shopping ni secara live melalui smartphone diorang dan apps yang disediakan. Malah Jack Ma tetap guna medium media tradisional macam televisyen untuk liputan luar dari China seperti Zhejiang, Hong Kong dan Macau.

 

Pegawai pemasaran Alibaba sendiri mengakui yang bila audience dapat tengok secara live produk-produk yang ditawarkan, mereka akan rasa lebih tertarik untuk lihat, mengamati, menilai, dan juga memberitahu kepada orang lain mengenai perkara itu. Mereka ini akan tambah rating views, akan share, like, komen, browse maklumat berkenaan produk tersebut dan beli secara online dan ini secara tak lansung bantu Alibaba meningkatkan level of engagement mereka.

Alibaba turut bekerjasama dengan syarikat gergasi yang lain seperti Intel dan syarikat IT lain kerana percaya perusahaaan teknologi adalah antara yang mendapat permintaan ramai dan menguntungkan. Selain itu, Alibaba juga turut memastikan kaedah sistem pembayaran mereka diperluaskan. Mereka bekerjasama dengan Bank Komanwel Australia bagi mengatasi masalah pembeli dan penjual dari Australia dan China.

 

Kisah bagaimana Jack Ma bermula dari bawah sehingga kini Alibaba mempunyai 40,000 penjual yang berdaftar dan bebas berniaga ke seluruh dunia sangat mengagumkan. Cara penjenamaan Alibaba adalah mengkagumkan dan sebagai usahawan kita harus belajar bagaimana Jack Ma dapat meluaskan empayar bisnesnya.Untuk festival 11.11 ini, Jack Ma turut menggunakan pengaruh artis untuk menarik perhatian orang ramai dan juga menjanjikan kuiz-kuiz dengan hadiah yang menarik.

 

Jack Ma dah berjaya, malah dia mahu lagi berjaya. Dalam masa 10 tahun lagi, misi dan visi Jack Ma adalah untuk membantu 2 billion pengguna untuk membeli-belah secara online. Kita bagaimana? Sudah ada pelan jangka masa yang panjang? Ke yang pendek pun takde. Secara ringkasnya, memang apa yang Jack Ma buat agak susah untuk kita apply sepenuhnya kerana kos dan kemampuan ekonomi kita. Think big but start small. Ukur baju di badan sendiri. Belajar dari Jack Ma sendiri bagaimana dia bermula dari bawah. Antara yang kita sebagai usahawan boleh apply ialah:

 

  • Buat jualan dan promosi besar-besaran yang akan diingati oleh customer paling kurang setahun sekali. Pilih tarikh yang significant seperti anniversary kedai dan sebagainya. Jual produk pada harga kaw-kaw murah dan produk lain dengan pelbagai tawaran harga dan hadiah percuma.

 

  • Guna media sosial secara optimum. Ya, kita masih belum mampu untuk guna televisyen, radio, surat khabar dan sebagainya. Sebenarnya tak perlu pun. Guna je media sosial ikut bajet sendiri kadang-kadang bawa impak yang lebih baik untuk bisnes. Kalau tak tahu, cari mentor yang tahu. Belajar!

 

  • Bekerjasama dengan syarikat atau perniagaan lain. Kalau kita tak mampu nak bekerjasama dengan syarikat besar, kita ni buka gerai je jual nasi kukus, jangan bimbang..ada cara. Contoh anda jual nasi kukus, gerai kat sebelah jual ice blended, berpakatlah dengan owner sebelah buat pakej kombo pada harga yang istimewa. Lagi orang suka, berbaloi. Dua-dua pun dapat untung. Dah jadi bisnesman hebat esok, nak collaborate dengan Chatime ke, Starbuck-Starback ke..up to you. Think big, don’t think small.

 

  • Make sure sistem pembayaran kita tu mudah untuk customer. Yelah, kalau warung tepi jalan cash lah…make sure baki sentiasa cukup. Kalau kedai tu tengoklah perlu tak nak guna debit card ke credit card. Ada satu kedai ni say pergi, konsep self-servis, dari time nak order, angkat makanan, sampai nak bayar, semua kena urus sendiri. Bagus kedai tu, dapat jimat kos pekerja, upah tukang masak, bancuh air dengan cashier je. Tapi jualan bagus. Tengok situasi dan bertindaklah secara bijak.

 

  • Guna orang yang berpengaruh untuk promotekan produk atau servis kita. Kalau kita ni bukan dilevel untuk hire ambassador ke celebrity ke takpe, at least maybe boleh start dengan produk/servis yang celebritiy guna kemudian promote dari situ. Orang akan terkesan bila artis yang mereka admire guna produk yang berkesan, mereka pun akan beli jugak sebab terpengaruh.

 

 

Komen Anda?

Close
Top