BAGAIMANA NAK BUAT CUSTOMER SUKA KITA

 

Jaga bahasa badan

Bila cakap dengan customer pastikan kita pandang kearah muka dia , kalau kita pandai mengayat tahap abang Pakistan jual karpet laku keras pun tapi kalau tengok muka dia macam nak tak nak, customer memang rasa macam kita ni tak sudi pun nak layan kita. Kadang-kadang bila kita tak cover kita letih, buat pulak badan dan muka lesu, customer pun malas tanya tu tanya ni padahal dorang minat. Lagi satu, pesan jugak dekat pekerja kita, janganlah dok ikut belakang customer tu sepanjang masa semata-mata nak monitor, terkadang body language kita melebih-lebih customer rasa macam kena jadi suspek mencuri, terus rasa tak selesa untuk memilih barang. Bukan tak boleh memantau keadaan pelanggan tapi beragaklah, muka pun jangan ketat sangat nanti sendiri yang halau customer. Belajar bahasa badan yang terbuka dan positif.

2

Hubungan mata

Bila kita buat eye contact yang positif dengan customer, automatik orang tu akan rasa yang kita betul-betul bagi perhatian dan sanggup membantu kepada problem dia. Kalau kita asyik tunduk je atau pandang dinding belakang akan membuatkan customer rasa tak dihargai. Maybe lah kita rasa malu atau tak biasa nak buat gitu dengan orang tak kenal tapi at least buatlah eye contact kejap dan layanlah sambil tersenyum baru customer rasa best. Kalau tak beli apa-apa pun kat kedai kita takpa tapi biar dia ada persepsi postif yang akan dia sebarkan kepada orang lain. Yang penting imej kedai kita, servis kita positif.

3

Mereka bukan kita

Customer ni ibarat calon yang paling sesuai untuk kita mengorat dengan cara buat dia impress, beri fokus masa berbual, jawab soalan dengan baik dan boleh bagi tambahan maklumat sekiranya perlu. Cuba salurkan perasaan empati apabila berinteraksi dengan mereka. Bayangkan kita berada di kedudukan mereka, dalam situasi mereka. Apa yang kita rasa, apa yang kita nak? Layan mereka dengan cara yang sama kita mahu dilayan. Tapi jangan bajet pemahaman diorang sama dengan kita, cuba fahamkan mereka ikut cara yang paling elok mereka. Keutamaan adalah pada mereka bukan kita. Usahakan yang terdaya untuk mereka

Tak Tahu?

Ni yang selalu pekerja-pekerja kita buat. Senang cakap tak tahu walhal dah kerja kat situ berzaman-zaman. Kadang-kadang sebab malasla, penat, otak tepu sebab kerja pagi malam so malas nak pikir. Biar customer tu pandai-pandai cari jawapan atau barang. Bila ada sikap dan mentaliti macam ni, customer pun akan rasa bengang. Yelah, kalau ikut logik, patutnya kita sebagai pekerja or tauke patut tahu serba-serbi. Jangan main cakap tak tahu jer, cuba sedaya upaya ambil tahu apayang customer nak, apa yang boleh dibuat, paling-paling mintak maaf dan katakan pada dia tunggu sekejap sambil tanya pada staf lain atau minta orang lain yang tahu untuk handle urusan customer tersebut sampai diorang puas hati.

P/S: Customer yang happy maybe akan bagitau kawan yang lain pasal bisnes kita walaupun sorang, tapi unhappy customer, kalau boleh satu dunia dia nak bagitau. Jaga-jaga!  Happy face, happy customer, happy money..hehe…Semoga berjaya.

Komen Anda?

Close
Top