BAGAIMANA NAK MENGURUSKAN EKONOMI DIRI SENDIRI.

Masalah pengurusan ekonomi diri sendiri ni banyak berlaku kepada mereka yang makan gaji ataupun kerja sendiri. Tak kisahlah berapa banyak pun pendapatan yang kita dapat tetapi kalau tak diuruskan dengan baik memang sesak nafaslah kan sebelum sampai hujung bulan.
Bila dah tak cukup mulalah kita meminjam sana sini, berhutang sana sini untuk cukupkan keperluan kita. Paling tak bagusnya bila kita mula berhutang dengan orang – orang yang tak sepatutnya.
Ok, harini saya nak sharekan tips mudah untuk mengurus ekonomi diri sendiri, tips ni sangat–sangat berguna tak kisahlah untuk anak muda kini dan untuk semua.

#TIP 1 : MENENTUKAN GAYA HIDUP SENDIRI


Ada sesetengah orang, dia tak mampu tapi dok sibuk nak pakai baju mahal–mahal, baju, kasut, beg semua mahal–mahal. Walhal ada je baju cantik dengan kualiti bagus pada harga yang lebih berbaloi. Korang kena pandai untuk menilai, barulah poket selamat !

#TIP 2 : TERLALU MENGIKUT TREND


Trend ni sangat la bahaya, every month bahkan, every week trend akan berubah–ubah dengan cepatnya. Orang business ni macam–macam keluar benda baru, design baru. Bila terlalu asyik mengikut trend sampai terlupa ekonomi diri sendiri, kita akan terjejas dan memberi impak kepada kos sara hidup kita!

#TIP 3 : TERLALU FIKIRKAN APA ORANG CAKAP PASAL KITA


Itu silap! Kita perlu fikirkan diri kita dulu, pedulikan apa orang nak cakap, apa orang nak kata. Asalkan kita selesa dan keperluan kita cukup. Bila ada wujudnya sifat terlalu fikirkan apa yang orang cakap menyebabkan kita tidak tak dapat control ekonomi kita sendiri.

Itu sahaja tips dari saya dalam menguruskan kewangan diri sendiri. Ingat, korang yang perlu design kewangan korang sendiri! Jangan lebih–lebih!

Komen Anda?

Close
Top