BANKRUP 6 KALI BUKANLAH PETANDA ARAS UNTUK GAGAL SELAMA – LAMANYA.

Saya terinpirasi dengan kisah seorang Billionair  yang menjadi manusia kedua berpengaruh di dunia ini. Beliau pernah mengalami zaman kegelapan satu ketika dahulu, yang mana beliau pernah bankrup sebanyak  enam kali di dalam dunia bisnesnya.

Haa, enam kali bankrup tapi still berjaya, mesti anda tertanya – tanya siapakah beliau kan?

Billionair yang dimaksudkan itu adalah “Donald Trump”. Bila sebut je mengenai Donald Trump ni, mesti ramai yang kata  beliau ni tak sensitif kepada keadaan sekeliling, tak faham hukum hakam dan banyak lagi, tapi disebalik “kejahatan” yang di tonjolkan, ada beberapa nilai positif yang kita boleh ikut.

Sebagai seorang usahawan, saya mengambil positif dengan kejayaan beliau menjadi seorang billionair yang berpengaruh.  Trump sememangnya sejak kecil telah didedahkan dengan  “Business Properties” syarikat milik ayahnya.

kisah hitam kemuflisan Trump bermula dengan pembukaan bisnes beliau iaitu :

Trump Taj Mahal

Dibuka pada bulan April tahun 1990 di Atlantic City, tetapi enam bulan kemudian, “Gagal membayar bayaran faedah kepada pemegang bon sebagai kewangannya mengalami putaran balik” The Washington Post, Robert O’Harrow. Pada bulan Julai 1991, Trump Taj Mahal menfailkan untuk muflis.

Trump Castle Associate, 1992

 Kurang dari setahun, Trump menfailkan kebankrupan lagi untuk kasinonya di Atlantic City. Kebankrupan ini termasuk juga dengan Trump Plaza di New York, Trump Plaza Hotel dan Casino di Atlantic City, dan Trump Castle Casino Resort. Beliau menyerahkan setengah pemilikannya di New York Plaza ke Citibank.

Trump Hotel & Casino Resorts, 2004

Pada tahun 2004, Trump jatuh banrup lagi kerana beliau tidak boleh melangsaikan hutang – hutangnya.

 Trump Entertainment Resorts, 2009

Kebankrupan  ini terjadi setelah bisnes miliknya tidak dapat  membayar USD 53.1. Ini merupakan jalan akhir bagi Trump di Atlantic City. Sementara namanya tetap tertera pada tiga kasino. Trump mundur dari Jabatan Direksi dan menyerahkan saham yang tersisa di dalam dunia business.

Tahun 2014

Dua kasino yang masih memakai nama Trump di Atlantic City menfailkan kebankrupan lagi pada 2014.

Zaman gelap Trump, sedikit pun tidak menggugat keyakinan beliau untuk mencapai kejayaan beliau pada hari ini.

Trump dinobatkan sebagai Presiden Amerika ke 45, setelah menang di dalam pilihan raya Amerika Syarikat sekaligus mengantikan tempat Barrack Obama.

Donald Trump mencatatkan diri sebagai billionair pertama yang menjadi Presiden Amerika Syarikat. Bahkan ketika beliau belum rasmi lagi menjawat jawatan sebagai Presiden, beliau sudah mempunyai pengaruh yang hebat.

Beliau juga mengambil tempat dalam senarai ”400 Orang Terkaya Di Dunia” oleh majalah perniagaan Forbes. Harta kekayaan Trump  kira-kira mencecah 3.6 bilion dolar kesemuanya.

Wow ! Apa perasaan anda yang membaca? Terinspirasi tak ? mesti ada di kalangan pembaca yang berfikiran “negatif” yang mengatakan buat apa nak agung – agungkan orang Non Muslim? Lagi – lagi “Donald Trump”.

Bagi saya, yang baik kita ambil sebagai inspirasi kejayaan, yang buruk tu kita buang jauh – jauh. Semoga allah memberi taufik dan hidayah kepada beliau, sejarah telah membuktikan musuh islam yang pada asalnya menentang islam habis – habisan dan akhirnya apabila mendengar bacaan al quran, beliau terus terdetik hati untuk masuk islam.

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top