CARA TERPANTAS BATALKAN SANTAU

ASSALAMUALAIKUM semua.

Semalam, kami berborak dgn seorg Ustaz.. topiknya agak mengerunkan. SANTAU.. jenisnya, macam-macam ada. Yg peliknya, santau bagi gemuk pun ada.

Ingatkan zaman FB, IG ni, dah takdelah sangat, rupanya ramai juga yg menjadi mangsa.

Ada yg memang bersebab, atas dasar cemburu, iri hati, cinta tak berbalas.. dan ada juga hanya untuk jadi bahan ‘ujikaji’ ilmu yg dilepaskan dimana tempat, kepada sesiapa sahaja. Budak-budak pun ada yg jadi mangsa. Teruk betul.

Apapun, sudah menjadi kerja syaitan, memporak perandakan kita semua anak Nabi Adam. Janjinya dengan sangat angkuh pd ALLAH SWT, nak penuhkan neraka dgn kita semua. Wanau’zubillahiminzaliq.

santau adalah perbuatan syirik. (gambar file)

santau adalah perbuatan syirik. (gambar fail)

 

Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati kita tak tahu. Kadang si pelaku bukannya orang lain, ada dari kalangan rakan sepejabat, saudara mara, bekas kekasih, rakan kongsi perniagaan, jiran.. haish, adik beradik pun ada.

Jadi Ustaz pesan, kita sediakan payung sebelum hujan.

  1. Amalkan ayat Bismillah ini..
Amalkan 3 kali pagi, 3 kali petang.

Amalkan 3 kali pagi, 3 kali petang.

2. Kalau kita pergi kedai makan, atau terjumpa rambut dalam dlm makanan, jgn buang rambut tu. Baca ‘Bismillahirahmannirahim – Allahuakbar’. Gunting rambut tu then tanam.

3. Then masa nak minum air, letak jari kita dibawah cawan dan baca ‘Bismillahirahmannirahim – Allahuakbar’. Kalau jari rasa mcm kene ‘elektric shock’.. makanya, elakkanlah dari meminum air tersebut. Pesan Ustaz lagi, sebaiknya air santau tu patutnya ditanam juga.

4. Kelaziman membaca ayatul Qursi & 4 Qul, juga sangat mampan sebagai pembatal santau. Jadikan witir selepas solat dan sebelum keluar – masuk rumah.

4 Qul

4 Qul

Apapun, pesan orang tua, kene selalu beringat.  Buat mana termampu, kepada ALLAH kita berserah segalanya..

Sekadar berkongsi, semoga ianya menjadi manfaat dan kita semuanya sentiasa dibawah perlindunganNya.

Amiiin~.

Sampai jumpa lagi..

Komen Anda?

Close
Top