CUACA PANAS 2019: LANGKAH BERJAGA – JAGA

Semalam, cuaca di Lembah Klang direkod sebagai antara antara yang paling panas, menurut jabatan Meteorologi Malaysia.

Cuaca panas ini menyaksikan rata-rata warga kota sedar akan bahayanya strok haba.

Jika suhu maksimum harian melebihi 37 darjah celsius hingga mencecah 40 darjah celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut, ia adalah tahap 2 gelombang haba iaitu ‘heatwave’.

Sekitar Lembah Klang pada Selasa mendapati kebanyakan orang ramai sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan cuaca panas ini.
Antara langkah berjaga – jaga yang boleh anda lakukana untuk mengelakkan terkena strok haba adalah:

  • Kurangkan aktiviti luar rumah ketika suhu panas. Tetapi sekiranya anda terpaksa berada di luar dalam jangka masa panjang atas sebab pekerjaan, maka sentiasalah ambil berat akan perubahan suhu badan anda.

 

  • Pakai baju longgar dan pakaian ringan. Memakai pakaian yang berlebihan atau pakaian ketat tidak akan membenarkan tubuh anda menjadi sejuk dengan effisien.

 

  • Lindungi daripada tekena cahaya matahari terlalu lama. Cahaya matahari menjejaskan keupayaan tubuh untuk menyejukkan diri, jadi melindungi diri di luar dengan topi dan cermin mata hitam dan menggunakan pelindung matahari yang spektrum luas SPF sekurang-kurangnya 35. Sapukan pelindung matahari setiap dua jam – atau lebih kerap jika anda berenang atau kerap berpeluh.

 

  • Minum banyak air supaya anda kekal terhidrat dan menstabilkan suhu tubuh yang normal. Minum air dalam jumlah sedikit secara kerap pada selang masa yang tetap. 250ml setiap 15-20 minit terutama jika anda bekerja dalam keadaan panas contohnya kontraktor, petani, pekerja kilang, pelombong atau bekerja di dalam keadaan ventilasi yang tidak memuaskan.

 

  • Ambil langkah berjaga-jaga dengan ubat-ubatan tertentu. Berhati-hati dengan masalah yang berkaitan dengan haba jika anda mengambil ubat-ubatan yang boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk terus terhidrasi dan menghilangkan kepanasan.

 

  • Jangan meninggalkan sesiapa di dalam kereta walaupun di tempat parkir bertutup. Ini adalah punca kematian yang berkaitan dengan haba pada kanak-kanak. Apabila diletakkan di bawah matahari, suhu di dalam kereta boleh naik 20 darjah dalam masa hanya 10 minit.

Ambil langkah berjaga – jaga dan elakkan daripada terkena strok haba.

Komen Anda?

Close
Top