Dalam Stadium Orang Tengok Bola, Luar Stadium Treler ‘Sapu’ Kereta

Melaka, 13 Mac – Ketika orang ramai sedang asyik perlawanan bola sepak yang berlangsung antara PDRM dan JDT, dikhabarkan ada perkara yang tidak enak berlaku di luar stadium Hang Jebat.

Menerusi maklumat orang ramai di laman Twitter, lebih kurang 20 buah kereta dilanggar oleh sebuah lori ataupun treler. Difahamkan juga, kereta-kereta yang dilanggar itu diparkir di bahu jalan.

Orang ramai mula memuat naik gambar-gambar kejadian di media sosial.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian.

 

accident di melaka 2

 

Komen Anda?

Close
Top