DAVID TEO YANG DITAMPAR, SEMUA RASA KESANNYA.

Selaku anak seni, saya rasakan tidak wajar berlaku insiden di antara David Teo dan Mat Over pada Majlis Dialog Transformasi Nasional #TN50 yang diadakan di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu, saya dan ratusan anak seni yg berada di sana malam itu lebih tahu dan faham kejadian sebenar yang berlaku.

Insiden pertama kali berlaku di kalangan anak seni dan di hadapan perdana menteri kita sungguh memalukan, namun saya sangat respect kepada Dato Rosyam Nor selaku moderator yang sangat profesional dapat mengawal keadaan sebaik mungkin,dan saya juga respect dengan sikap David Teo dan Mat Over tidak memanjangkan isu itu di luar dewan. .

David Teo juga tidak berhasrat untuk memanjangkan isu di tampar oleh Mat Over kerana perkara itu sudah di selesaikan dengan baik.David Teo menyambut salam maaf Mat Over secara ikhlas dan hati terbuka kerana ia kejadian salah faham yang tidak sepatutnya terjadi.Semoga kejadiaan yang memalukan ini menjadi pengajaran kepada semua.

Terima kasih kpd pihak kerajaan dan YAB Perdana Menteri kerana memberi peluang dan platform kepada kami anak seni utk ‘bersuara’.

Komen Anda?

Close
Top