DUIT POKET TINGGAL RM 10, MENANGIS SETIAP HARI MENGENANGKAN NASIB ANAK DAN ISTERI…SEHINGGALAH…..

Bukan mudah nak mengharungi hidup dan mencari rezeki dalam zaman serba mencabar sekarang ni. Peluang pekerjaan dah tak macam dulu. Sekarang rata-rata buat dua kerja dalam satu masa. Pagi mungkin bekerja di pejabat, manakala sebelah malam pula jual barangan di pasar malam atau berniaga secara online.

Semua tu nampak macam berat, lagi pulak untuk mereka yang dah berumahtangga. Tapi, ia sebenarnya kemanisan dalam melayari bahtera perkahwinan. Susah senang bersama, makan sekadarnya, itulah nikmat sebenar berkongsi hidup. Baca kisah  brader ni tentang keputusannya untuk berhenti bekerja sebagai Pensyarah Ipta Malaysia. Jom baca!

LETAK NOTIS BERHENTI KERJA

Kisah saya bermula 6 tahun lepas selepas saya membuat keputusan besar dalam hidup menamatkan kontrak sebagai salah seorang pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia. Ketika saya membuat keputusan itu, saya sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Syukur Alhamdulillah, perniagaan yang saya ceburi semakin hari semakin berkembang selama hampir 2 tahun lebih.

Namun, saya sangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengahari. Saya sangka perniagaan ini akan sentiasa berkembang, namun disebabkan ilmu dalam dunia perniagaan yang saya miliki tidak seberapa. Saya diuji maha kuasa, saya mengalami kejatuhan teruk daripada pendapatan mencecah 5 angka akhirnya hanya RM10.00 sahaja dalam poket. Sejujurnya saya mengalami kemurungan teruk dan berasa down hampir 2 tahun.

Namun saya masih gigih meneruskan perniagaan tanpa menambah ilmu didada. Ternyata 2 tahun itu hanya memberikan kekecewaan dalam diri saya. Hampir juga saya ingin mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ditambah pula baru berumahtangga dan memiliki seorang anak, menangis juga saya setiap hari mengenangkan nasib anak dan isteri. Hanya berbekalkan beberapa ringgit, makan minum kami sekadar apa  yang ada. Kereta dan rumah juga guna yang seadanya. Bagi saya ketika itu, perniagaan ini sungguh zalim. Aura dan semangat perniagaan yang saya miliki selama ini hilang entah ke mana.

SEMINAR SYB MENGUBAH HIDUP SAYA

Allah sahaja yang tahu ketika itu. Hinggalah saya berjumpa Tuan Fizo Omar dan diizinkan Allah untuk sertai kelas Fizo Omar Coaching pada bulan Ogos 2016, ianya sedikit demi sedikit semangat saya bangkit. Saya semakin kenal apakah kekuatan yang saya miliki. Beberapa kali hadir coaching bersama mentor Fizo Omar, akhirnya Allah izinkan saya melakukan satu perniagaan NK EXCLUSIVE PARFUM pada bulan Disember 2016. Syukur pada illahi, mentor Fizo Omar banyak mengajar saya tentang kembali semula kepada maha pencipta selain teknik personal branding, marketing, sale dan banyak lagi ilmu yang sangat berguna kepada saya.

SETUP COMPANY SENDIRI

 

SubhanAllah, bermula seorang diri melakukan semua perkara daripada operasi, pemasaran hinggalah kepada jualan. Akhirnya kini sudah hampir 7 bulan perniagaan NK EXCLUSIVE PARFUM berada dipasaran Malayasia, saya sudah mempunyai 6 orang staf operasi dan pengurusan dan syukur pada Allah kami mempunyai lebih daripada 100 orang pengedar di seluruh Malaysia termasuk Bangladesh. Airmata tanda syukur juga mengalir bila mengenangkan perniagaan saya yang bermula daripada modal kurang RM1,000 kini jualan kami mencecah hampir RM 50,000 sebulan dan kami sasarkan akhir tahun 2017 ini jualan kami mencecah RM200,000 sebulan. Satu sahaja janji saya pada diri, bukan kaya yang saya impikan. Tapi seramai mana saya mampu bantu dan beri manfaat untuk bekalan saya diakhirat kelak. Mohon doa dari semua, moga usaha saya ini terus diberkati dan berjaya di dunia akhirat. Amin

(RASHIDI RAMLI, ‘FOUNDER NK EXCLUSIVE PARFUM MALAYSIA)

 

 

Komen Anda?

Close
Top