DUNIA BAWAH AIR

71 % bumi kita diseluputi air. Hanya 29% je daratan kat bumi ni sebenarnya. Bagi golongan diver, mereka sebenarnya dah merasai pengalaman menjelajah kedua2 dunia.

Pengalaman mengambil lesen diving bersama abg Mie dari Fauna Dive Centre Pulau Perhentian benar2 membuka mata saya utk bukan sahaja menikmati anugerah ciptaan Yang Maha Esa, tp juga dapat merasai betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini sebenarnya.
Pernah x korang tertanya2 apakah sebenarnye yg ada dlm laut ni setiap kali ke pulau utk bercuti? Compem pernah kan..hahaa…paling byk jawapan standard adalah..compem ade ikan…dan benda2 lain mcm penyu, obor2 dan lain2….dan sebenarnye, jawapan yg korang cari2 tu boleh dpt dgn menjadi seorang diver… haa….

Bergelar diver di peringkat awal mmg buat saya sendiri teruja dgn semua yg ada kat bawah tu….bukan je haiwan yg bermcm2 species tp juga semua terumbu yg membentuk ekosistem yg sempurna kat bawah tu….subhanallah….bukan je colourful, tp setiap spesis punya karakter masing yg mana korang pasti terhibur dgn sendirinya..
.
Dah jadi diver ni baru tahu kenapa Malaysia ni terkenal satu dunia sehingga semua diver kat dunia ni jadilan Malaysia salah satu destinasi wajib utk diaorg explore..saya pun lepas ni mmg nk habiskan masa utk discover semua pulau kat Malaysia ni sebb semua pulau offer different kind of experience underwater..


.
Pengalaman pertama di Pulau Perhentian betul2 buat saya kagum dgn apa yang negara kita ada. Abg Mie byk bg info apa yg Malaysia negara kita ni punya khazanah..perghhhhhhh…dasyat wehh..Sipadan, Mabul, Tenggol, Labuan, Layang2 tu semua worldie punya places for community diver sedunia….flora dan fauna underwater ni more diverse and until now pun, beribu species masih belum betul2 manusia kenal. Hahaha… tahu nudibranch? Atau siput/lintah air….yg species ni pun dh berpuluh ribu jenis….
.
Satu lagi yg betul buat saya rasa berbaloi join community diving ni sbb byk benda yg boleh dipelajari sbg manusia. Team work adlah element utama diving. Korang tau x yg korang kalau diving xleh sorang2 ok…kena group sekurang2 nya 2 org..awareness nk jaga alam sekitar pun mmg key element dlm nk jadi diver yg sejati..haaa…baru kita tau mcm mana nk hargai alam semulajadi ni. Pastu, disiplin…nk jadi diver kena disiplin tinggi beb…setiap aspek safety must be your priorities.


Di Fauna dive centre Pulau Perhentian ni, semua benda ni korang akan didedahkan oleh Abg Mie selaku big boss. Siang korang pi dive, malam abg Mie bawak keluar gitar. Jangan xtau plak, abg Mie ni dulu gitaris kumpulan Medicine. Lejen bro. Layan acoustic dgn Abg mie kadang2 sampai subuh. Hahaha….Pendek kata, korang akan di jaga dgn sebaiknya oleh mereka baik di bawah air atau pun atas darat. Servis tip top..
.


Apa lagi tunggu brader? Jom diving jom… awek pun dh ramai jadi diver…malu le kalau lelaki pun takut2 lagi nk menyelam… hahaha…datang Pulau Perhentian, tempat ni mmg saya recommend gila2…’a home far from home’…pasni, masa free saya pasti di Perhentian je…korang boleh call brader Pakdo Kama (+60 19 944 4479) utk setiap jenis soalan objektif ataupun subjektif mengenai Pulau Perhentian. So tunggu apa lagi, adios n challo betei.

Komen Anda?

Close
Top