ESQ | 165 | MENJAWAB SEGALA PERSOALAN

6ee68e1e-3da1-41c3-af6d-3faf77690d51

team lelaki ESQ 165 #ES4R

 

Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi kerana memilih dan mengizinkan saya untuk melalui fasa 2 hari yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila takdir telah menentukan untuk saya sama sama berada dalam perjalanan 165.

Mungkin agak kabur maksudnya kepada sesiapa yg belum mengetahui dan mengalami sendiri ESQ 165 ini.Tapi saya percaya, semua alumni yang sudah pun mencecah jutaan peserta diseluruh dunia pasti akan meremang bulu romanya bila membaca kisah ESQ ni.
SUBHANALLAH…sebelum saya meneruskan penulisan hati saya ini dengan niat LILLAHITAALA untuk berkongsi dan sangat berharap agar semua saudara muslim dan terutamanya mereka yang bergelar usahawan mengalami sendiri pengalaman ESQ 165 ini supaya anda lebih jelas dimanakah arah tuju ‘QIBLAT’ kita yang sebenar benarnya…
Beberapa tahun lepas saya telah mendengar tentang kewujudan ESQ 165 ini,dan munculnya pelbagai persepsi dalam diri saya termasuklah perasaan ego yang menebal dalam diri untuk mengetahui lebih lanjut mahupun melibatkan diri dengan program ‘JAWAPAN KEHIDUPAN’ ini.Sehinggalah baru baru ini saya dipilih oleh ALLAH SWT untuk membuka pintu hati lantas membawa saya kesana sebagai salah seorang peserta melayari 2 hari yang menjawab segala persoalan selama 31 tahun kehidupan saya sebagai hamba ALLAH.

 
Dengan keadaan yang sangat sibuk bersama dengan komitmen duniawi, saya ‘memaksa’ jasad dan roh saya untuk ‘mencari’ dan ‘mengenal’ diri sendiri.Setelelah beberapa jam saya ‘layan’ di dalam dewan yang memberi pelbagai situasi kehidupan duniawi dan akhirat dengan bantuan sound system dan speaker yg sangat WOW, saya ‘terpaksa’ untuk meneruskannya dan ia membuatkan saya untuk terus mencari dan mencari.Pelbagai persoalan mula muncul di fikiran saya?

 

ESQ-WAY-LOGO-color-PN
SIAPAKAH AKU?
MANAKAH QIBLAT KU?
KENAPA AKU HIDUP DI MUKA BUMI INI?
KENAPA AKU JADI FIZO OMAR?
KENAPA DIA ISTERI KU?
DIMANAKAH AKU BERADA SEKARANG INI?
KENAPA AKU KAT SINI?
KENAPA AKU JADI ARTIS?
KENAPA AKU BERNIAGA?
KENAPA AKU PERNAH DITIPU SEBANYAK RM 8 JUTA?

 

 

Emotional Spiritual Quotient (ESQ)

 

 

Pelbagai soalan bermain di fikiran saya, itulah membuatkan saya terus ternanti nanti jawapan tersebut.SUBHANALLAH…satu demi satu mula terjawab dengan sendiri nya..Sehinggalah tidak sedar gugurnya air mata seorang lelaki yang sebelum ini amat susah untuk saya mengalirkan air mata kerana ALLAH SWT. FITRAH dalam 165 telah menjawab segala galanya dan merupakan paksi kehidupan kita.Setiap pengisian dan aktiviti yang dilakukan dengan sendirinya mengaitkan kita sebagai hamba yang hina yang terlalu pentingkan duniawi dan lupa untuk bersyukur dan berterima kasih diatas nikmat ALLAH SWT yang telah dikurniakan kepada kita selama hidup ini.

 

708c9b57-98fa-4029-8962-23f24dd4ff20 67c4d3e4-dd2e-4dc7-a4f8-31855b3076ae 48aa4e76-f8b5-43d9-910b-fa7d0aa4a179

 

SEMAKIN KEJAR,SEMAKIN JAUH.

 

Itu lah yang dapat saya rumuskan tentang kehidupan ini.Semakin kita mengejar dunia, semakin jauh dunia ‘lari’ dari kita, malah semakin kita mengajar AKHIRAT ALLAH SWT, semakin dekat dunia mengejar kita.Sehinggakan kita akan berasa malu dengan ALLAH SWT yang memberikan rezeki kepada kita yang melimpah ruah, nak dibandingkan dengan usaha kita yang tak seberapa ini.Susah untuk saya gambarkan dengan kata kata pengalaman yang sangat bernilai selama 2 hari saya di ESQ baru baru ini.
Apa apa pun saya nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pengasas ESQ 165 Dr. Ary Ginanjar (Pak Ary) kerana Berjaya menghasilkan resepi kehidupan duniawi untuk bekalan ‘disana’ nanti. Rasa sangat bertuah kerana saya sempat bertemu bersama pengasas hebat sebelum menyertai program ini.Beruntung Pak Ary kerana diberi ujian dan hidayah oleh ALLAH SWT melalui kisah hidupnya dan kajiannya untuk menghasilkan sebuah resepi kehidupan sempurna menuju syurga ALLAH yang terkandung dalam modul ESQ 165 ini yang ternyata memberi manfaat kepada mereka yang dahagakannya.Tak lupa kepada team ESQ Malaysia yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab demi menyalurkan manfaat dan hidayah kepada semua peserta.Terutamanya kepada speaker selama sesi 2 hari itu,iaitu Pak Fir yang pada saya merupakan seorang speaker pada saya ‘come with the package, all in’. Setiap bacaan surah surah yang keluar dibibirnya terlalu merdu dan seolah olah air yang mengalir dengan lancar sekali, dan juga setiap penerangannya amat jelas dan tepat sekali yang dapat mengegarkan emosi manusia yang sedang tidur, lalai dan lupa kemanakah arah qiblatnya.

 
Doa saya supaya kesedaran ini kekal dalam diri saya dan ‘resepi’ kehidupan ini dapatlah saya meneruskan perjuangan dan terus menyebarkan manfaat di dalam setiap sesi pengkongsian saya di pentas speaker keusahawanan. Dengan izin ALLAH, semoga saya terpilih untuk melanjutkan pembelajaran di dalam ESQ 165 ke tahap yang lebih tinggi dan mendalam dengan bimbingan Pak Ary lantas terus menjadi anak didik kepada Pak Ary…INSYALLAH…

fc9e550a-5c8c-4b22-8fbe-4e2036be7fe9
SESUNGGUHNYA HIDAYAH ITU ADALAH MILIK ALLAH…TETAPI KITA BERHAK BERUSAHA UNTUK MENCARINYA…

 
Kenalilah ESQ 165 untuk mempermudah perjalanan kita ‘KESANA’…. | FIZO OMAR |

 

Komen Anda?

Close
Top