FENOMENA ‘EQUINOX’ PENYEBAB CUACA PANAS DI MALAYSIA.

Pemanasan global atau fenomena ekuinoks berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutamanya di Semenanjung.

Bumi berputar mengelilingi matahari dengan posisi yang sedikit miring, sekitar 23.5° terhadap bidang lintasannya yang dikenal sebagai ekliptik.

Akibatnya, sinaran matahari tidak selalu tepat berada di bahagian tengah bumi atau garisan Khatulistiwa.

Selama setengah tahun, matahari berada di atas belahan utara Khatulistiwa. Setengah tahun berikutnya, matahari berada di atas belahan selatan khatulistiwa. Inilah yang menyebabkan perbezaan musim di daerah empat musim belahan utara dan selatan.

Saat belahan utara mengalami musim panas, belahan selatan mengalami musim sejuk, demikian pula sebaliknya.

Jadi, apabila matahari berada tepat diatas garisan Khatulistiwa, fenomena inilah yang dinamakan Equinox.

TIPS KESIHATAN KETIKA MENGHADAPI CUACA PANAS TERIK YANG MELAMPAU:

  1. Banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti anda.
  2. Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang ketika berpeluh.
  3. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar anda.
  4. Pakai topi atau payung untuk mengelakkan daripada pancaran haba terus ke badan kita.
  5. Buka kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan.
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  7. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara.
  8. Pakai losyen pelindung suria (seeloknya lebih dari 30 SPF dan keatas).
  9. Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol dan bergula.

 

heat-stroke-symptoms-600x300

 

Komen Anda?

Close
Top