FENOMENA SERANGAN VARSITY ENTREPRENEURSHIP SKILLS AND TALENTS (VEST) STAGE 1, SEPERTI SERANGAN VIRUS SIBER GLOBAL

Tahniah kepada tujuh buah universiti yang telah melalui fasa pertama iaitu selama tiga hari berturut – turut mereka menjalani  Entrepreneur  Intensive Program bersama “Business Coach” yang berpengalaman dan sangat expert di dalam industri keusahawanan.

Antara universiti  adalah UNIMAP, UUM, USM, UM, MMU, USIM dan UKM yang telah  menjalani  latihan VEST stage 1 mereka di berikan  pelbagai modul menarik seperti  “ mindset transformation” ,  domino effect, serta   tahap kefokusan di uji ketika menjalani aktiviti “pang, ping, piau”  dan banyak lagi aktiviti menarik pastinya untuk bakal usahawan di kalangan mahasiswa.

Saya suka dengan positif vibe para peserta, mereka sangat bersemangat, ada  yang sanggup  stay sampai malam untuk menghabiskan stage 1, sangat hebat mereka ni  bersemangat sehingga malam untuk menghabiskan modul business.

Pelbagai idea – idea business yang  gempak  saya terima  setelah mereka  di latih oleh coach – coach business mereka. Serious generasi Y ni memang power ! banyak idea – idea business  hebat muncul terhasil. Setelah selesai menjalani  latihan stage 1, Seterusnya student akan ke next level  iaitu  “ Focus Group Discussion”  (FGD),  pastinya mereka bersedia untuk ke stage kedua, perlu di ingatkkan untuk usahawan mahasiswa di stage 1  ini selepas FGD kita ada bisness pitching dan evaluation dan hanya 2 kumpulan yang terbaik sahaja akan berentap untuk universiti mereka di stage kedua.

Pada universiti lain, anda masih boleh mendaftar melalui unit keusahawan di universiti anda takpun anda boleh mendaftar melalui online di http://www.pns.com.my/vest-online-registration/ jangan lepaskan peluang menangi hadiah RM50,000 , business coaches bersama PNS selama setahun, green lane untuk mendaftar SSM dan pelbagai lagi tawaran hebat yang anda akan dapat.

 

Saya harap, saya sebagai mentor anda dapat membantu anda di dalam business untuk melahirkan usahawan – usahawan muda di kalangan mahasiswa. Saya sarankalah kepada mahasiswa di luar sana ambillah peluang keemasan ini bukan sahaja wang tunai yang di kejar, tetapi anda sudah berada di logistik yang betul. Ambilah peluang ini untuk jadi usahawan berjaya bermula dari universiti !

Serious tak sabar nak jumpa anda semua ! jangan lupa mendaftar VEST 2017 !

 

Komen Anda?

Close
Top