FIKIR SEBELUM BERNIAGA BERSAMA KAWAN BAIK!

Memulakan perniagaan dengan kawan baik boleh menjadi satu usaha yang menguntungkan dan menyeronokkan. Yela sebab kita pasti merasakan kawan baik kita itu lebih memahami kita. Tapi harus beringat kadangkala berbusiness dengan kawan baik ni ada yang dapat melakukannya dengan jaya namun banyak juga kecundang lantas persahabatan pun terjejas.

Daripada rapat bagaikan belangkas dan saling memahami, dugaan dalam perniagaan bersama yang di usahakan menjadi punca bermasam muka dan pertelingkahan.

Sebenarnya langkah lebih terbaik adalah mengetahui sama ada kawan baik kita yang ingin bekerjasama itu sesuai atau tidak untuk menjadi rakan perniagaan.

#1 Cara Mengendali Konflik

Ingatkan semula bagaimanakah kita dan rakan itu mengendalikan konflik, perselihan faham atau pertengkaran selama ini, menunjukkan bagaimana kita akan mengendali konflik yang akan datang apabila dalam perniagaan bersama nanti dan memberi petunjuk cara kita boleh mengubahnya dengan lebih baik.

#2 Tingkah Laku

Adakah kawan baik kita itu ada peragai tingkah laku yang membuatkan kita kadangkala tidak tahan dengan mereka? Misalnya dia selalu datang lambat ke temu janji, suka pinjam barang tapi tak pulangkan, suka melengahkan kerja yang penting dan macam – macam lagi.

Memang dalam berkawan ia Nampak remeh tapi dalam bekerjasama ia boleh menjadi satu masalah.

#3 Semangat

Adakah kawan baik kita itu mempunyai semangat yang sama dengan kita? Minat boleh menyatukan atau memberi idea tapi semangat dan komitmen yang membuatkan usaha kita berpanjangan. Memang tidak seronok berniaga bersama jika hanya satu pihak lagi sambil lewa. Lihat dulu adakah dia boleh mempunyai semangat seperti ini sebelum bersetuju menjadi rakan niaga.

#4 Bincang

Komunikasi sangat penting dalam apa juga aspek termasuk bila mahu memulakan perniagaan. Bincangkan setiap perkara dengan fikiran terbuka dan jujur. Jelas dengan kemahuan pendirian masing – masing. Ia memberikan satu penjelasan dan bayangan bagaimanakah kerjasama ini akan diusahakan. Lebih baik jika buat perjanjian tidak rasmi seperti menuliskannya tentang harapan dan pendirian masing – masing yang boleh mengingatkan kita mengenai perjanjian tidak rasmi ini sekiranya berlaku konflik kelak.

kesimpulanya, korang perlu berfikir panjang sebelum memulakan perniagaan dengan kawan baik, agar kelak tidak bermasam muka hingga musnah silaturrahim antara mereka.

Komen Anda?

Close
Top