DUIT HANTARAN : antara Cinta, Adat dan ‘Apa orang kata?’..

gambar fail

gambar fail

ASSALAMUALAIKUM..

Apa khabar semua..?

Lepas makan tadi, suasana dalam office FOC gamat & panas.. dh mcm fenomena equinoks.

Semua dek kerana soalan kepada team FOC (majoritinya masih kaum hawa) isunya.. ‘kalau korang nanti kahwin, hantaran RM15,000.00 tu korang tak rasa mahal sgt ke?.  Maka, terlontarlah hujah-hujah dari team kami.

Miss Ili;- Kene lah hantaran mcm tu, sbb nak cover kos katering lagi, pelamin, majlis bagai.. sekarang ni semua mahal kot. So, mmg mcm tu kan..

Miss Fara;- Sekarang ni, orang dh tak boleh beza adat dengan tuntutan agama, patut lepaskan yg wajib dulu.. contohnya bunga telur tu kan, rasa mcm membazir je sbb org bukannya simpan, buang je.

Miss Nadia;- Mostly orang hari ni takut pada social judgement.. apa orang kata? sepatutnya, takyahlah nk fikir sgt apa orang kata.. silap kita juga sbb semua nak kongsi kt FB, IG.. pastu takut orang #kecamsampailebam.

Miss Fiza;- Ok kowt.. hehehhehe.

Miss Bella;- Sebenarnya kadang-kadang keluarga main peranan. selalu dengar pengantin ok je, tapi keluarga punya pandangan tu kita pun kene ambil kira. Yang penting, kene bawa berbincang. Pada saya mas kahwin lebih mustahak.

Miss Sheera;- Tak kisahlah brp pun, kene bincang atas kemampuan pihak lelaki,ada je yg hantaran 20-30 ribu, diorg ok je.. happy je semua. Ukur baju badan sendirilah.

hantaran

ni survey berdasarkan taraf pendidikan..

.

Miss Leena;- Kalau hantaran mahal sgt pun, kalau rumah tangga tak bahagia buat apa kan? lagipun, skrg ni, kaum wanita skrg bnyk dh berpelajaran tinggi, kalau ikut Master, Phd.. mcmana tu? haa.. amik pengajaranlah dari orang sekeliling kita.

En. Hakim;- No komen.. (sambil garu kepala)

Emmm.. diluah mati emak, ditelan mati bapak. Ikut pengalaman saya, semua perlu dirancang sebaiknya. jadi kita boleh agak, berapa masa diperlukan untuk kita kumpul modal belanja untuk hari berbahagia. Tak nak nanti, tengah bersanding atas pelamin, berpeluh memikir nak settle kan personal loan..

Jadi, dari pandangan kawan-kawan semua, saya nak kongsi sikit.

Tips untuk kaum lelaki:-

  1. Cakap terus terang, kalau tak mampu hantaran yang dicadang, bawalah berbincang. Sebelum pergi meminang, cuba-cubalah survey dulu hantaran.
  2. Kene start menyimpan duit, menabunglah seawal-awalnya. Siapkan satu tabing khas..”ala omak,kahwinkan aku”
  3. Kene ikhtiar cari additional income, skrg mcm2 ada cara.. business online, dropship, ajar tuisyen, part time waiter.
  4. Kalau keluarga si cinta hatimu tetap berkeras.. maka ambillah pendekatan, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.. Neelofa kan ada..
  5. Banyakkan doa, minta jodoh yang terbaik.. amiin.. kami doakan.

Tips untuk kaum wanita?emm… tunggu dilain perutusan..

Selamat pengantin baru kepada kawan2 semua, moga berbahagia ke anak cucu.

Jumpa lagi!

Komen Anda?

Close
Top