HANTU DURIAN BATU KURAU

DURIAN dari mana ni?

Ini durian Batu Kurau.

Ungkapan itu pasti kerap didengar sejak dua minggu lalu apabila raja buah itu mula luruh di beberapa kampung di Batu Kurau.Tiada kompromi lagi, buah eksotik inilah yang memperkenalkan nama Batu Kurau kepada umum, khususnya dalam kalangan penggemar durian.

Keaslian rasanya yang lain daripada lain hingga mendapat jolokan durian kampung terbaik menjadi ikon kepada istilah ‘durian Batu Kurau’ itu sendiri.Pengalaman saya sendiri ketika merasainya mendapati, tekstur isinya lebih halus, berlemak, tidak begitu manis dan ada ketikanya terbit rasa pahit di hujung lidah.

Kalau ikutkan sejarah, “durian Batu Kurau” ini adalah durian yang paling terkenal dengan kesedapannya sebelum kedatangan durian Musang King dan D24.

 

Ya, durian Batu Kurau memang mempunyai rasanya yang tersendiri hinggakan kebanyakan mereka yang sudah merasainya tidak akan memilih durian dari tempat lain lagi. Keaslian durian Batu Kurau yang digelar durian bukit ini sedikit sebanyak ada kaitannya dengan struktur muka bumi.

Jika diimbas sejarahnya, majoriti penduduk Batu Kurau yang dibuka sejak 1850 an lagi terdiri daripada orang Melayu berketurunan Pattani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, selatan Thailand.Sememangnya orang Pattani suka memilih tempat strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan.

Dengarnya sekarang tengah pesta durian di Batu kurau, mesti “hantu – hantu durian” berpusu – pusu ke batu kurau untuk dapatkan durian yang tengah viral sekarang kan, katanya sebakul hanya RM20 je.

Fuhhh…. Durian murah oiii, serious tak pecaya..

Bulan puasa lepas saya juga berkesempatan pergi ke batu kurau untuk beberapa aktiviti di sana, sempat jugalah saya bersama – sama penduduk kampung di sana mengacau dodol beramai – ramai, sangat seronok dan happening bila lihat kemuafakatan penduduk kampung bergotong royong untuk menghasilkan juadah aidilfitri.

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top