HARGA MINYAK NAIK?? 7 TIPS JIMAT UNTUK PENIAGA.

Belum redha isu kenaikan minyak bulan oktober haritu, bulan November ni kita di kejutkan lagi dengan kenaikan minyak kereta  Ron 95  dan diesel serta minyak masak yang melebihi 3kg.

Disebabkan semua nak naik, secara tak langsung memberi kesan kepada peniaga dan pengusaha makanan.Hah..rilek – rilek, jangan cepat melenting, dalam situasi macam ni anda tak perlu mengelu dan jangan berang.

Jom ikut beberapa tips saya nak share dengan anda semua agar perbelanjaan anda dapat di jimatkan selari dengan kenaikan harga minyak yang menganggu sanubari pengguna dan peniaga makanan.

#1 – Isi Minyak Ikut Liter

Hah, memang la Nampak remehkan bila isi minyak ikut liter ni, tapi kat sini kita boleh jimat beberapa ringgit tau. Sebagai contoh kalau kita isi 10 liter bersamaan RM19.50 kat sini kita boleh jimat 0.50sen.

Elehh.. 0.50 sen je pon, eh eh jangan macam tu, memang kita Nampak nilai 0.50sen tu sikit, tapi kalau lama – lama kumpul boleh jadi banyak tau.

Tolong jangan isi minyak ikut Ringgit, serious sangat rugi, dan sekaligus anda menguntungkan syarikat pam minyak di Malaysia!

Terpulanglah pada anda, pilihan di tangan anda!

#2- Sediakan senarai barangan

Membeli melibatkan emosi, jika anda gagal mengawal emosi kemungkinan belian akan banyak dan kemungkinan ada barang yang tak perlu anda akan beli.

Hah, sebabt tulah Sebelum membeli, sediakan senarai barang belian dahulu dan lakukan pemeriksaan secara teliti terhadap barangan yang sudah ada supaya tidak berlaku pembaziran.

#3 – Beli Secara Pukal

Pembelian secara pukal bermaksud barangan yang dibeli dalam kuantiti yang banyak.

Anda perlu melakukannya mulai sekarang. Banyak kos yang boleh dijimatkan jika anda membeli barang secara pukal dan banyak. dianggarkan secara purata sebanyak 15%-30% dapat dijimatkan jika anda mengamalkan langkah ini.

#4- Beli Terus dengan Pembekal

Jika kebiasaan anda membeli barangan dengan pihak ketiga, kenapa tidak ubah cara ini dengan membeli terus daripada pembekal.Ramai sebenarnya pembekal yang memberi harga yang jauh lebih rendah dari pasaran jika anda berhubung terus dengan mereka. Penjimatan sebanyak 10%-20% berbanding perbelanjaan biasa yang diperuntukkan.

#5 – beli secara Tunai

1

Belian tunai dengan belian secara hutang sememangnya berbeza. Belian secara hutang menjadikan anda tiada kuasa untuk melakukan tawar-menawar bagi harga barang yang ingin .

Pembekal akan tetapkan harga untuk anda. Justeru, anda digalakkan  mengubah cara pembelian dengan bayaran tunai sahaja.

#6 – dapatkan harga dari 3 ke 4 orang pembekal

Jika saya nak beli barang untuk restoran saya, saya kan survey beberapa pembekal sebelum membeli, sebab dengan cara macam ni kita akan dapat comparekan harga yang mana murah dan berbaloi.

Ya memang tugas ini memerlukan kerja yang lebih sedikit. Ambil harga terbaru dari pembekal dan cari harga dari beberapa orang pembekal lain.

Seterusnya, comparekan harga dan buat belian dari pembekal yang menawarkan harga yang bersesuaian dengan anda.

#7 – Beli jenama yang berbeza

sebagai contoh, anda biasa membeli minyak masak Cap Epal. Oleh sebab minyak cap tersebut mengalami kenaikan harga, bertukarlah ke jenama lain Cap Sawit misalnya atau yang lebih murah daripada harga itu.

Selain itu,  perhatikan juga berat dalam Kg atau Liter bagi minyak masak yang lain. Hal ini turut mempengaruhi harga pasaran minyak terkini.

Jom kita amalkan tips ini untuk penjimatan anda, ya saya tahu zaman semua harga nak naik ni, kita perlu sangat berjimat. Supaya kita dapat kawal duit kita dengan lebih betul.

Nak dapatkan tips lagi ? hah jom sertai kami ke SEMINAR START YOUR BUSINESS SELATAN, bertempat di Hotel 11@century Johor Bahru, pada 26 November 2016. Jangan lepaskan peluang!!

Komen Anda?

Close
Top