HIDANGAN ASLI THAI YANG LAZAT DI FIZOMAWAR KITCHEN

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim? Bukan sahaja pasangan yang cantik dan berbakat, mereka berdua juga terkenal dengan ketekunan dalam bidang perniagaan.

Terbaru, Suria dijemput untuk mencuba hidangan yang ada di sebuah restoran milik mereka yang dikenali sebagai FizoMawar Kitchen di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. FizoMawar Kitchen ditubuhkan di bawah Fizo Omar Catering Sdn Bhd pada 15 Disember 2015.

a lahir daripada minat Fizo yang memang suka memasak di samping isteri beliau yang sukakan makanan dan menjelajah.

Selain itu restoran ini adalah inisiatif beliau di atas kesukaran menemui makanan Siam yang menepati citarasa.

Penubuhan restoran ini juga adalah salah satu cara Fizo berkongsi rezeki dan keenakan masakan Thai dengan orang awam khususnya di Lembah Klang.

Di antara hidangan yang sempat kami jamah dan syorkan kepada para pembaca Suria termasuklah:

Ayam Bijan

Chakoi dengan Cecahan Kaya Pandan

Siakap Ladprik

Maggi Udang Tomyam

Sweety mawar

Keistimewaan FizoMawar Kitchen terletak pada variasi menunya yg berteraskan hidangan tradisi negara gajah putih. Tidak berkrompomi tentang keaslian rasa serta kualiti sajian, bahan-bahan masakan di sini semuanya dibawa khas dari Thailand. Sudah tentu kesemua ramuan segar dan paling penting halal.

Bersempena dengan ulangtahun kedua FizoMawar Kitchen pada 15 Disember 2017 ini, potongan harga sebanyak 15% dari jumlah  bayaran dalam satu resit akan dihadiahkan kepada pengunjung sepanjang hari istimewa tersebut!

Jadi tunggu apa lagi, jom singgah ke FizoMawar Kitchen.

Sumber dari : suria FM http://www.suria.my/gaya_hidup/hidangan-asli-thai-yang-lazat-di-fizomawar-kitchen/

Close
Top