HUJUNG TAHUN..JANGAN SAMPAI JADI TIPAH TERTIPU!

Hati-hati, jangan sampai tertipu! Bila hujung tahun je macam-macam jualan murah ada sana-sini. Label berjenama pun tak ketinggalan turut serta. Tapi jangan sebab nak kejar harga murah sangat, korang sampai terpedaya dengan barangan palsu.

Ya, sekarang memang tengah kecoh pasal susu palsu/tiruan yang berada di pasaran dan ada bayi serta keluarga malang yang telah ditimpa musibah oleh perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Hanya sebab nak kejar keuntungan, mereka tergamak membahayakan nyawa orang lain.

Tapi apa yang saya nak kongsikan hari ni bukan tentang susu tiruan tu. Hal tu kita serahkan pada pihak berkuasa. Sebab seperti yang kita semua sedia maklum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dah pun ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan isu ni.

Perkara yang saya nak fokuskan hari ni ialah tentang barangan tiruan. Sebab seminggu kebelakangan ni sementara menyiapkan keperluan akhir sebelum bayi kami dilahirkan, saya dan isteri perasan terdapat sesetengah barangan tak kira la di premis atau melalui jualan atas talian yang keasliannya meragukan.

Itu belum dikira lagi dengan pelbagai jualan bag tangan berjenama yang didakwa asli tapi rupanya palsu. Dengan segala macam gred barangan tiruan sekarang, mereka yang pakar tentang barangan asli atau berjenama sekalipun boleh tertipu dek kerana kononnya nak kejarkan harga ‘jualan murah hujung tahun’ tu.

Saya bukanlah arif sangat dalam nak memastikan ketulenan sesuatu barangan berjenama, tapi melalui carian di laman facebook KPDNKK saya kongsikan dengan anda semua antara cara atau tips untuk mengenal pasti ciri-ciri barangan palsu/tiruan:
1. Harga murah dan boleh tawar-menawar
2. Pembungkusan tidak menarik dan ekslusif
3. Dijual di tempat terbuka (pasar malam / kaki lima)
4. Bahan berkualiti rendah
5. Pembuatan tidak kemas dan kasar
6. Tiada jaminan kualiti
7. Tidak tahan lama
8. Tiada jaminan keselamatan

Hati-hati hujung tahun ni, jangan sampai jadi tipah tertipu!

Komen Anda?

Close
Top