KISAH PENGORBANAN NYAWA SEORANG IBU…

 

Screen-Shot-2012-08-13-at-10.57.19-AM

 

Hayatilah kisah ini..

kisah di sebuah desa, ada seorang ibu tua, hidup berdua dengan seorang anaknya. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan nasib anak tunggalnya. Sikap anaknya yang sangat buruk suka mencuri, berjudi, kaki perempuan dan banyak lagi

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan:

“Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”

Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, kerap si anak  keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya

Suatu hari si anak pergi  mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap. Kemudian dia dibawa ke hadapan raja untuk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari, di depan rakyat desa dan tepat pada saat lonceng berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya”

ibu (1)

Dengan  bertatih – tatih si ibu tua menghadap  raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan.Tapi keputusan sudah muktamad, anak tunggalnya harus menjalani hukuman.Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti – henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan. Dan dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong – bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya.
Terbayang di mata si anak itu wajah ibunya yang sudah tua, dan si anak menangis menyesali perbuatannya.

Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba…

Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berbunyi sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan loceng datang.Petugas itu mengaku hairan kerana  dia sudah menarik tali loceng tapi bunyi dentangnya tiada.

Disaat mereka semua sedang bingung, tiba – tiba dari tali loceng itu mengalir darah yang banyak. Darah itu keluar dari atas tempat di mana loceng itu diikat. Dengan jantung berdebar – debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang petugas naik ke atas memeriksa dari mana sumber darah itu datang.

123

Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam loceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah
dia memeluk bandul di dalam loceng yang menyebabkan loceng tidak berbunyi,
dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding loceng tersebut!

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata
Sementara si anak meraung – raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan.Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.

Malam sebelumnya, si ibu tua itu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di loceng. Dia memeluk besi dalam loceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya.
Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana  jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.
Marilah kita mengasihi kedua ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..

Komen Anda?

Close
Top