Ibu kau permata hatiku..

IMG-20160508-WA0002

 

 

Salam semua. Mesti ramai yang di luar sana sedang menyambut hari ibu bersama ibu anda tercintakan?.

Oklah, Sebelum terlambat saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu – ibu semua.

“Ibu…kaulah permata hatiku.”

Pernah tak, kalau anda ada masalah, pasti ibu tempat anda mengadu. Sebab apa? Sebab ibu adalah pendengar yang setia dan Ibu adalah sahabat terbaik bagi setiap anak. Dengan ibu, kita akan merasakan ketenangan, kedamaian dan sangat selesa bersamanya.

Sudahkah anda ucapkan pada ibu bahawa anda sayang ibu hari ini? Hah.. kalau belum cepat – cepat pergi cakap kat ibu anda dan kalau yang jauh tu pergi terus call untuk ucapkan Selamat hari ibu, dan ucapkan kita sayang kepadanya.

Anda harus ingat tau…ibu adalah seorang wanita yang telah melahirkan serta merawat kita tanpa merungut apa-apa pun selama ini. Ibu berkorban segala – galanya untuk pastikan anak – anaknya membesar dengan sempurna.

Sambil minum kopi tadi, saya dapat ilham menulis puisi ni, khas buat ibu tercinta.

“Ibu, kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
dan kau selalu ada disini bersamaku
Aku mungkin tidak selalu katakan hal ini,
Terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu”

 

 

fizo omar-hari ibu (2)

Selamat hari ibu.

Ok, saya nak tanya, siapa nak tahu kenapa Allah ciptakan naluri ibu lebih dengan anak – anak, kenapa tak kat ayah?.

kalau korang nak tahu, sila komen “kenapa” dan share banyak – banyak artikel ini..

 

 

Komen Anda?

Close
Top