Isu Vaksin : Alternatif Vs Rigid Mindset

Salam Ramadhan kareem, 2 hari lepas viral di facebook berkaitan isu penggunaan vaksin. Tertarik untuk saya mengikuti rentetan isu pengunaan  vaksin VS  ibu bapa yang anti vaksin untuk di berikan kepada anak – anak.

Jika berbalik kepada maqasid syariah yang lima, antaranya adalah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga  keturunan dan menjaga harta. Dalam pensyariatan ini,  islam amat menitik beratkan pemeliharaan kesihatan dan nyawa dan dalam konteks berkaitan penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.

“Islam melarang manusia memusnahkan diri secara sia-sia”

Seperti firman Allah SWT

‘jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’(Surah al-Baqarah, ayat 195)

Ayat ini jelas menyuruh kita melindungi diri dari sebarang bahaya. Tindakan yang mengakibatkan kemudaratan adalah tidak wajar dipatuhi.Islam sangat memandang tinggi nyawa seorang individu Muslim. Nyawa seorang individu adalah ibarat sebuah umat.

Jika  Mengulas mengenai wabak difteria,   saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perlis iaitu Dr Maza yang mana menasihatkan agar golongan yang antivaksin supaya bercakap berdasarkan fakta dan ilmu bukan sekadar membuat andaian sendiri bahawa penggunaan vaksin memberi kesan sampingan.

“Jika mereka (antivaksin) ada alternatif lebih baik untuk mengatasi sesuatu penyakit tidak mengapa tetapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Tanpa vaksin lebih memudaratkan kecuali mereka boleh membuktikannya,” 

 

vaksin01.transformed

 

Hukum penggunaan vaksin yang mengandungi bahan tidak bersih atau dari sumber bersifat najis adalah diharuskan dan dibenarkan dalam Islam sekiranya tiada kaedah lain. Pihak yang angkuh mengenai pengambilan vaksin yang perlu diubati terlebih dahulu kerana sikap mereka mampu membunuh lebih banyak nyawa tidak bersalah.

Di bulan Ramadan ini, Saya berharap agar ibu bapa serta masyarakat untuk membuka mata serta lapangkan minda untuk menyedari kepentingan berusaha sebelum bertawakal. Jangan biarkan sikap ‘arrogance’ dan ‘ignorance’ merosakan diri anda. Sikap kesombongan inilah yang perlu di ubati terlebih dahlu.

“Benar, kematian itu berlaku di tangan Allah. Tetapi sebagai seorang Muslim, kita harus berusaha sebelum menyerahkan segalanya kepada Allah,”

“Tawakal Tanpa Usaha Salah Di Sisi Islam”

 

 

Komen Anda?

Close
Top