ISU VIRAL KOPI BERLARI, JANGAN KECAM SAYA. | FIZO OMAR

 

 

 

WhatsApp-Image-20160505 (4)

Antara mereka yang hadir pada hari tersebut.

 

Belum reda lagi isu viral berkaitan ‘SERANGAN FAREEDA SWEET LOVE’ baru baru ini, sekarang timbul pula isu ‘KOPI BERLARI’ di laman social berkaitan saya dan pihak FAREEDA.Sebelum ini pihak kami sudah pun membuat press conference dan meminta MAAF kepada yang terlibat dan berjanji untuk menambah baik sistem pengagihan nombor kepada pelanggan kami untuk membeli tudung FAREEDA setiap kali keluarnya koleksi terbaru.Alhamdulillah teguran tersebut memberi ruang kepada kami untuk memperbaiki kelemahan yang ada.Bak kata sifu saya ‘di mana ada masalah di situ ada peluang’, jad kami mengambil peluang tersebut untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan tidak dinafikan selepas itu sistem pemberian nombor kepada pelanggan kami berjalan lancar dan tiada lagi ‘percampuran’ antara lelaki dan wanita ketika mereka berebut untuk mendapat nombor giliran mereka.

13116114_10154357754550827_8079266367244002708_o

Fenomena FAREEDA

13072907_10154357754145827_8974158738773922164_o

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LEBIH 2000 ORANG YANG HADIR.

Alhamdulillah pada sabtu lepas 30 April 2016, pihak FAREEDA lagi sekali keluarkan koleksi terbaru iaitu FAREEDA PRINCESS OF PERSIA LACE.Kali ini buat pertama kalinya diadakan di kawasan yang lebih besar iaitudi kilang baru FAREEDA GROUP yang terletak di bangi.Di luar jangkaan kami apabila lebih 2000 orang peminat tudung fareeda yang hadir termasuklah agen agen kami.

Memandangkan kawasan dan keadaan kilang lebih besar dan sesuai utuk proses memberi nombor giliran kami berjaya mengagihkan antara lelaki dan wanita walaupun keadaan sukar dikawal pada awalnya, tetapi dengan bantuan 10 orang RELA dan 30 staff FAREEDA yang dapat mengawal keadaan dan segalanya berjalan dengan lancer.

 

WhatsApp-Image-20160505 (3)

kilang FAREEDA GROUP yang terletak di bang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BUKAN KERANA KOPI FIZO OMAR

Ketika mereka sedang berlari apabila pagar dibuka untuk berada dalam barisan hadapan,saya ada ambil video dan terus upload ke Instagram dan facebook (fizoomar), dan dalam video tersebut ade juga shot susunan air kopi dari FIZOMAWAR KITCHEN https://www.facebook.com/fizomawarkitchen/ yang disediakan oleh pihak FAREEDA.Sebanyak 2000 pek minuman yang ditempah dari FIZOMAWAR KITCHEN oleh pihak FAREEDA untuk diberikan secara percuma kepada mereka yang hadir pada hari tersebut.

WhatsApp-Image-20160503 (11)

packaging ‘d-tergent drink’ yang unik dan mesra pelanggan.

WhatsApp-Image-20160503 (12)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

WhatsApp-Image-20160505 (5)

paper bag drink packaging yang boleh menahan suhu ais sehingga 5jam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di pendekkan cerita mereka sebenarnya berlari bukanlah kerana air kopi fizo omar tersebut, sebenarnya adalah untuk mendapatkan nombor giliran yang terawal kerana setiap koleksi tudung yang FAREEDA keluarkan adalah terhad dan corak dan paten tersebut tidak akan diulang lagi.Air kopi fizo omar dan pizza diberikan secara percuma kepada mereka setelah mendapat nombor giliran untuk membeli tudung masing masing.Tidak dinafikan kopi tersebut merupakan antara minuman yang menerima tempahan paling tinggi di FIZOMAWAR KITCHEN dan ianya dipanggil KOPI BORAN yang hanya boleh didapati di FIZOMAWAR KITCHEN sahaja kerana ianya di perbuat di selatan thai, Pattani.

Berlakunya viral video tersebut apabila ada beberapa akaun facebook telah upload video tersebut dengan caption ‘orang ramai berebut nak dapatkan kopi fizo omar’ di status mereka.Jadi bermulalah isu viral dan rata rata komen yang diterima adalah lebih kepada menghentam dan berbau negative kepada pihak kami.Tidak ada niat saya nak salahkan pemilik akaun facebook tersebut, mungkin beliau tersalah info mengenai video tersebut atau ianya berlaku tanpa sengaja dan mungkin juga tiada niat untuk diviralkan sehingga menimbulkan reaksi negative dari nitizen.

Saya terkilan apabila banyak komen yang bukan sahaja menghentam malah ada juga yang memaki hamun dengan menyentuh hal peribadi kami sekeluarga dek kerana dikatakan sengaja membiarkan pelanggan berebut rebut kopi tersebut, sedangkan sebenarnya adalah salah faham dan mereka tidak mendapat info yang jelas dan benar dari sumber akaun facebook pihak ketiga.

Tak salah kalau kita teliti dasn sahkan dulu sebarang info sebelum kita memberi teguran dan pendapat terutamanya didalam social media.

Walau apa pun saya ingin memohon berjuta kemaafan sekiranya tulisan saya ini menyinggung perasaan sesiapa pun dan teguran juga ini adalah  untuk peringatan diri sendiri.Jutaan terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa menyokong kami sekeluarga dan sentisa berfikiran positive.

 

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top