JENIS – JENIS ORANG BERHUTANG YANG KORANG MESTI PERNAH JUMPA!

Salam semua apa khabar sihat?

Harini nak bercerita tentang jenis – jenis orang berhutang yang mesti korang pernah jumpa. Semua orang pernah berhutang, betul tak?

Kalau tak hutang kawan – kawan, korang mesti ada hutang dengan bank, bil telefon, elektrik, air dan macam – macam lagi. Tapi kalini saya nak cerita tentang jenis peragai orang yang berhutang dengan kita, yang mesti korang pernah jumpa. Antara peragai – peragai ni, mana satu yang korang selalu jumpa?

#1. Peminjam paling berhemah

Kebiasaannya kawan yang macamni dia bagus sikit, dia akan ingat setiap kali dia berhutang dengan orang lain. Paling tak mengecewakan dia ni akan pulangkan on time seperti yang dia janjikan, so orang macamni tak teragak – agak jugak kalau kita nak bagi pinjamkan duit. Betul tak?

#2. Peminjam yang buat – buat lupa!

Haa, member jenis ni, kadang – kadang hangin jugak! walaupun korang dah mention kat dia hutang dia sebanyak sekian – sekian, mesti dia akan buat ingat – ingat lupa !. silap haribulan kalau korang pun lupakan, duit hutang yang dia pinjam tu confirm dia tak bayar sampai sudah !

#3. Peminjam yang datang bila perlu

Korang mesti ada kawan yang setahun sunyi sepi tak bertegur, tiba – tiba dia tegur korang, haa time tu korang tahu dah kenapa dia tegur sebab nak pinjam duit. Agak – agak korang bagi tak pinjam kalau jumpa spesis macamni.

#4. Peminjam yang tak bayar hutang langsung

Yang last, korang mesti ada spesis kawan yang nak pinjam duit laju je, tapi nak pulangkan balik, ya ampun lambat kemain, korang pulak yang segan nak mintak balik duit yang dia pinjam. Pernah tak jadi macamni?

Dalam banyak – banyak jenis yang saya mentionkan tadi, mesti ada salah satu ciri – ciri yang korang pernah jumpa kan? Biasalah kehidupan nak taknak korang kena tempuhi juga. Tapi korang pun kene berwaspada jangan sampai dah bagi pinjam beribu – ribu ringgit, tapi bila masa kene pulangkan duit balik, hilang lesap macamtu sahaja. Nanti menyesal tak sudah!

 

 

Komen Anda?

Close
Top