JENIS – JENIS STRAW MESRA ALAM

Assalamualaikum semua!

Baru – baru ini viral di laman sosial mengatakan penyedut minuman dari plastik yang selalu kita gunakan tidak boleh di guna, akan berkuatkuasa pada tahun 2020 kelak. Atas faktor menjaga alam sekitar dari bahan – bahan berbahaya bagi memelihara kehidupan di bumi. Seperti sebelum ini  pembungkus makanan plastik dan polisterina telah dikuatkuasakan mengikut undang – undang berikut walaupun ianya tidak menyeluruh.

Pelbagai pandangan nitizen dan komen yang diberikan tentang undang – undang ini. Namun bagi saya, langkah awal ini perlu di bendung awal supaya tidak mudarat kelak. Antara cadangan straw yang boleh kita gunakan adalah:

 1.Straw Buluh

Straw buluh antara salah satu straw cadangan yang boleh korang gunakan berulangkali, dibuat berasakan tumbuhan dan mesra alam dan sekaligus membantu mengurangkan pencemarann alam sekitar.

Korang boleh menggunakan straw buluh ini untuk minum panas seperti kopi mahupun teh Tarik, straw ini juga boleh digunakan pada minuman sejuk seperti smoothies’ dan koktail

Haa, boleh juga digunakan sebagai doorgift dan mudah dibawa untuk travel

 

2.Straw Besi

 

Straw besi antara pilihan berkualiti dari segi ketahanan, kesihatan, dan perlidungan alam sekitar. Dibina menggunakan stainless steel menjadikan straw ini tahan dan mudah dicuci.

Mudah digunakan bagi restoran-restoran, kantin, dirumah dan boleh dibawa untuk travel di tempat-tempat yang lasak.

3. Straw Silikon

 

Straw silikon yang mendapat kelulusan FDA approved food, kepelbagaian warna yang menarik dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak dengan pengawasan. Walaupun materialnya dalam bentuk silikon tetapi ketahanan amat kuat dan tidak mudah pecah.

Sesuai digunakan untuk minuman seperti smoothie, kopi, teh, koktel, botol kanak-kanak, tumbler dan mudah dicuci dengan pencuci straw yang diberi.

 

haa, korang da terfikir dah nak guna straw yang mana?

Komen Anda?

Close
Top