JIKA ANDA TIDAK HIRAUKAN UNDANG – UNDANG PERNIAGAAN! AWASS!! BISNESS ANDA DALAM BAHAYA.

 

Assalamualaikum semua! Hai apa khabar?? Pernah tak dengar cerita usahawan lingkup dalam masa beberapa bulan bisness sebab tak ikut undang – undang yang betul?? Hah kalau tak pernah dengar, saya nak sharekan kepada anda bagaiman seorang usahawan boleh terima bencana sekiranya mereka mengabaikan undang – undang dalam perniagaan.

Sebagai seorang usahawan kita memang perlu merangka perniagaan kita agar lebih maju dan terus maju. Sekiranya anda tak berfikir macamtu, maknanya anda tak layak di gelar “usahawan” yang mengusahakan sesuatu perniagaaan.

Hah sebut je pasal menguruskan perniagaan,dalam menguruskan sesuatu perniagaan itu, anda mesti mengetepikan soal remeh yang berkaitan dengan undang – undang. Betul tak?

Jangan tipu, sebab saya pun dulu tidak menitikberatkan soal undang – undang dalam perniagaan, lepas dari beberapa kejadian yang berlaku, saya mulai sedar, yang undang – undang di dalam perniagaan perlu di titik beratkan supaya bisness kita kekal selamat.

Mesti anda nak tahu kan? Apa perkara yang berkaitan undang – undang perniagaan yang anda rasa remeh dan anda tidak endah langsung.

Jom baca !

#1 – Campur Adukkan Perniagaan Dengan Aset Peribadi

bank-mandiri-sekuritisasi-aset-kpr-rp1-triliun-lym

‘Huru-hara’ akan berlaku sekiranya anda mengambil keputusan untuk tidak mengasingkan aset peribadi dan perniagaan. Hal tersebut berkemungkinan tidak akan memberi kesan pada jangka masa pendek namun kesan yang teruk pada jangka masa panjang.

Anda akan berpotensi besar untuk tidak mendapatkan perlindungan undang-undang sekiranya mencampur adukkan kedua-dua aset tersebut. Keadaan bertambah parah sekiranya anda membayar harga barang dan perkhidmatan dalam perniagaan dengan akaun peribadi anda.

Selain itu, seseorang pelanggan boleh menyaman dan meyakinkan pihak mahkamah  untuk menuntut segala hutang dari akaun peribadi anda sekiranya anda berhutang dengan pelanggan tersebut.

 

#2 – Tiada Hitam Putih

cantract-law

Berbicara tentang keutamaan, anda selalunya akan membuat perjanjian di antara diri sendiri dan pihak lain dalam menjalankan perniagaan.

Dalam perniagaan yang melibatkan banyak perundingan dan perbualan, masalah yang sering berlaku ialah tiada perjanjian bertulis yang dibuat. Sesuatu yang telah dibincangkan kadangkala tidak dicatatkan namun tetap dilaksanakan.

Hal tersebut akan menimbulkan kekeliruan dalam berurusan melainkan sesuatu yang dibincangkan termaktub dalam perjanjian bertulis yang dipersetujui.

Seharusnya, perjanjian bertulis dilaksanakan dalam urusan perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar sekalipun urusan tersebut. Dilarang keras untuk meneruskan urusan perniagaan sekiranya pihak kedua tidak mahu membuat perjanjian bertulis.

#3– Tergesa-Gesa Untuk Menandatangani Perjanjian

stock-footage-document-signature-paper-signature-signing-a-printed-form-signature-on-agreement-to-sign-a

Secara semulajadinya, sifat seorang usahawan adalah bertindak pantas. Namun apabila melibatkan ‘permainan’ undang-undang, adalah sesuatu yang tidak bijak sekiranya anda hanya meletakkan tandatangan dalam perjanjian tanpa melakukakn pembacaan yang lebih teliti.

Jika tidak, anda berdepan dengan pelbagai masalah dalam menajalankan perniagaan. Seharusnya anda memahami isi kandungan dalam perjanjian tersebut walaupun perkara tersebut memakan masa yang agak panjang.

Hai ini lebih berbaloi berbanding anda terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk menyelesaikan segala konflik akibat tidak meneliti kandungan perjanjian terlebih dahulu.

 

#4 – Tangkap Muat Ambil Pekerja

pekerja-asing

Kesilapan yang sering dilakukan oleh indidvidu adalah terlalu mempercayai seseorang dan kurang mempercayai seseorang. Justeru, terdapat tahap dalam menggalas tanggungjawab yang harus diteliti bagi mengambil pekerja.

Usahawan akan mengalami masalah yang besar sekiranya tersalah memilih rakan kongsi atau pekerja. Walaupun anda mempercayai seseorang itu secara keseluruhan, perjanjian bertulis tetap harus dibuat.

Sekiranya anda mengikuti nasihat-nasihat di atas, ‘perjudian’ yang anda buat dalam perniagaan akan memperoleh 90% kecemerlangan berbanding kegagalan. Fikir-fikirkan!

 

Haaa dahbaca habis belum semua di atas? Anda rasa anda nak ambil remeh lagi tak hal – hal berkaitan undang – undang perniagaan ni?. Jangan sesekali anda anggap dia remeh. Sebab perkara yang remeh tula sebenarnya memberi impak yang besar di dalam bisness anda.!

jom temui kami di seminar start your business selatan di 11@century Hotel Johor Bahru pada 26 november 2016.. Jumpa anda di sana!!

Komen Anda?

Close
Top