KAHWIN MUDA, PUNCA BERCERAI?

ASSALAMUALAIKUM YA AHLI SYURGA..

Kosmo 7 April 2016

Kosmo 7 April 2016

Hari ni, saya terbaca paparan hadapan akhbar Kosmo pasal kahwin bawah umur (bawah 18 tahun).. yg lelaki 15 tahun, yg perempuan 17 tahun. Alhamdulillah, tahniah.. semoga berbahagia keakhir hayat.

Sebenarnya dlm konteks perkahwinan, isu yg perlu kitra lihat adalah kesediaan memikul tanggungjawab. Umur.. sebagai satu kayu ukur untuk jangkaan kematangan secara purata.

Kalau kita dgr kisah zaman nenek, zaman mak, malah ada kakak-kakak kita juga berkahwin pada usia 14 tahun, 16 tahun.. (terutama yg perempuan) sampai anak 10 orang, 14 orang (emmm nenek saya ada 14 orang anak), ok je.

Perempuan, dari satu konteks, mereka cepat matang, jadinya isu mengalas tanggungjawab kira ‘sap-sap soi’.

Cuma bila tang lelaki ni.. aduhai, payah sikit. Sebab, ada juga lelaki yg dh jadi bapa orang, masih ‘merengek’ dgn mak. Kalau dulu bangun tengahari pun, makan minum dah ada bawah tudung saji. Sekarang dah akad, berjanji akan jaga anak dara orang, dan anak-anak sendiri, memang wajiblah membanting tulang.

Ya, betul.. bila berkahwin, rezeki mencurah-curah, rezeki untuk anak-anak sentiasa ada. Namun sifat rezeki, tak datang ketuk tingkat rumah.. tak pop out dalam SMS ‘TAHNIAH, anda menang $30,000.00’. (tu scam dik oi). Maka hanya-sa-nyaaaa.. berusahalah, rezeki ada dimana-mana.

Nasihat saya selalunya pada junior-junior ataupun kawan-kawan lelaki pasal kahwin, kahwinlah cepat-cepat, let us move on to another chapter of our life.

Pernah waktu jadi emcee wedding seorang uncle ni, antara luahan hatinya:-

‘Jaga anak orang elok-elok, esok orang jaga anak awak. Nanti bila awak ada anak dara, tak tido malam dibuatnya bila kita tahu dia dh ada boyfriend, bila dia kata nak kahwin. Bukan kita saja2 tanya, kawan lelaki dia ni kerja apa, keluarga dia siapa.. semua sebab dulu, kita yg iqamahkan, kita yang dukung dia sana sini. Kita tengok dia mula2 berjalan, kita hantar dia pergi sekolah. Pergi berkhemah kat sekolah pun kita hendap malam2. Awak akan rasa, bila anak awak dah besar nanti’

Haaaisshh.. berapa kali saya tengok air mata bapa pengantin perempuan berjurai bila nak akad nikahkan untuk anaknya.. dah berapa kali juga yang tak boleh keluar suara masa akad nikah..

Haa.. makanya.. kita sebagai lelaki, be a man. Bukan sekadar sado, makan nasi 4 pinggan sehari. Tapi, take charge and be responsible. insyaAllah, kita doa sama-sama, moga kita kekal bahagia dan Allah bantu kita untuk pimpim keluarge kita ke Syurga Allah.

Prof. Muhd Kamil pernah bertanya ketika live dalam NLKO.. ‘awak tak nak ke jumpa mak, isteri & anak-anak awak di Syurga?’.

Ya.. semestinya.

 

Sampai jumpa lagi.

 

 

Komen Anda?

Close
Top