KARAKTER ANDA IKUT TARIKH LAHIR

Salam, macam mana anda harini? Sihat? masih bersemangat untuk meneruskan aktiviti harian? Alhamdulillah…yang mana rasa tak semangat sangat tu, banyakkanlah bersabar…hari dan waktu yang baik pasti akan muncul juga. So harini nak share sikit pasal karakter kita based on tarikh lahir. Ha! Maybe korang dah pernah baca karakter individu ikut bulan kelahiran kan? tapi yang ni ikut tarikh hari yang korang lahir tu. Korang rasa betul tak dengan perwatakan korang dengan tarikh lahir tu? Jangan stress-stress ok? Baca ni untuk santai-santai dan cer cek betul tak dengan orang yang rapat dengan korang. Selamat Membaca.

 

PEMIMPIN UNGGUL

1

Yang lahir tarikh ni memang ada bakat untuk lead orang sejak dalam rahim ibu. Mungkin geng-geng ni yang selalu jadi pengawas kat sekolah atau MPP dekat Universiti. Tapi ada jugak yang tak pernah pegang jawatan pape tapi bakat tu maybe ada, maybe walaupun berkaliber jadi pemimpin tapi mereka malu untuk tampil kedepan. Yang macam ni kena asah sikit buang rasa malu tu baru mereka dapat tunjukkan sisi kepimpinan mereka yang hebat tu. Biasanya mereka yang ada genetik leader ni, buat apa-apa pun orang akan ikut secara aktif atau pasif.

 

SANGAT PRIHATIN

2

Orang yang lahir tarikh ni dikatakan sangat sensitif sebenarnya. Tapi yang baguihnya pasal dorang ni, skil depa dengan orang lain atau bahasa bukunya, ‘interpersonal’ sangat bagus. Diorang pandai berdiplomasi, bertolak ansur dengan orang, sangat rapat dengan ahli keluarga sendiri dan boleh baik dengan orang lain. Diorang ni pun ada gerak hati yang sangat bagus dek kerana tahap pemahaman yang baik untuk orang lain.

ART MAVEN

0

Ni geng kaki seni, anak seni, orang halus..you name it…apa yang ada kaitan dengan seni sangat dekat dihati diorang. Tahap kreatif diorang tinggi dan boleh pecah kepada banyak bidang. Kareer yang berkaitan dengan seni sangat sesuai untuk anda yang lahir pada hari ni. Da namanya seni kalau conteng-conteng biasa atas kertas time boring boleh jadi masterpiece gak…tak kisahla seni lukis ke seni persembahan ke, seni memasak ke…kalau kena gaya boleh buat duit banyak ni..hehe

RAJIN

21

 

 

Yang lahir tahun ni, rajin orangnya…buat apa-apa pun bersemangat. Memang orang kenal dengan perwatakan individu yang suka kerja keras. Kalau dah aim nak buat tu jawabnya alang-alang menyeluk pekasam biar hingga ke pangkal lengan. Orang yang rajin ni ramai orang sentiasa disenangi. Keep it up!

 

ADVENTUROUS

5

Ni geng hati kering….tak takut apa-apa, tak risau banyak menda, main redah. They are fun people to hang out with. If nak gi travel ke, hiking ke, buat menda-menda lasak ajak diorang. Tahap berani dorang tak perlu dipertikai, cuma terkadang masalahnya bila tak mengenal rasa takut ni, ada je masalah atau bala yang datang. Tapi tulah bagi dorang ni kalau tak risky atau danger tak fun lah pulak. Buat benda random yang gila-gila ni adalah makanan untuk excitement dorang. Konsepnya you only live once, janji bahagia.

 

LOGIK

6

Ni geng suka ikut akai yang tak akan buat kerja takde akal. Yang lahir tahun ni, anda yang paling rasional dalam ramai-ramai orang. Tindakan anda berdasarkan logik akal dan boleh dikatakan anda selalu juga play safe. Anda berfikiran luas dan bijak orangnya, selalu tahu apa yang patut dibuat dan selalu ada jalan penyelesaiannya.

 SANG PEMIKIR

7

Yang lahir tahun ni adalah golongan yang suka berfikir. Suka fikir pasal isu-isu semasa, asal usul dunia dan rahsia penciptaannya. Anda mudah tertarik kepada pelbagai jenis falsafah dan teori-teori kehidupan. Setiap fenomena yang berlaku dalam hidup anda pasti dikaitkan dengan falsafah yang dirasakan sesuai. Anda mungkin cenderung kearah nilai keagamaan atau nilai-nilai spiritual yang mendokong pemikiran anda.

 

BISNES MINDED

8

Orang yang lahir tarikh ni orang yang expert buat duit..pasaipa? sebab otak mereka ni ligat ada ja cara nak buat buat duit. Memang sesuai buat bisnes atau kerja bahagian yang relate dengan bisnes macam marketing ke, finance ke, promotion ke…perangai diorang ni macam bossy sikit kadang-kadang sebab memang nature nak buat bisnes kena tahu apa yang patut dibuat dan bagaimana cara nak buat sesuatu untuk dapatkan duit.

 

PENYAYANG

9

Yang lahir tarikh ni, memang seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Boleh dikatakan jenis family man. Selalunya yang jenis ni yang akan mendamaikan persengketaan antara keluarga ataupun yang paling tak banyak buat hal. Sole bread winner ni selalu apa-apa pun utamakan family dulu. Dia sanggup berkorban apa saja untuk family tersayang. Kadang-kadang terganggu jugak hal keja, hal peribadi sebab asyik fikirkan family. Yang pasti, time susah dan senang, satu family akan pergi mengadu dan mengharapkan dia.

Macam mana? Betul ke salah? sebenarnya maybela tak 100% betul tapi ciri tu memang ada sebenarnya dalam diri kita. Tapi tak semestinya kalau tarikh lahir macam ni perwatakan dia strict macam tu je..tak…kita berubah ikut masa dan pengalaman and not to forget dengan ilmu yang kita ada dan kita apply. Boleh share and tag kengkawan so dorang boleh check betul ke tak..Just for fun 🙂

 

Komen Anda?

Close
Top