KAUNTER PELABURAN YANG PALING MENGUNTUNGKAN

Korang mesti nak tahu pelaburan yang manakah yang paling menguntungkan kan? sebab, harini ramai yang mencari pasif income untuk menambah pendapatan sampingan, saya tidak nafikan ramai yang buat business untuk mengejar keuntungan termasuklah saya sekali, tapi jangan lupa sebahagian dari rezeki kita ada hak orang lain yang perlu untuk kita kongsikan.

Walaubagaimanapun  pasti ada hak orang lain, sama ada kita memberi dengan cara ikhlas dan  redha hati, ataupun diambil olehNYA dengan pelbagai cara.

berbalik kepada topik kita pada hari ini apa yang saya nak kongsikan adalah kaunter pelaburan yang paling berbaloi dan menguntungkan, tak lain tak bukan iaitu kaunter ZAKAT.  Apa yang saya nak kongsikan, bila kita berniaga untuk mencari pendapatan ataupun rezeki yang halal, tapi kita perlu ingat tak semestinya kerja yang kita lakukan itu berkat.

Walaupun rezeki kita itu rezeki yang bersih, tidak semestinya rezeki kita itu suci, jadi kita perlu mencari keredhaan Allah dengan menyucikan pendapatan kita dengan mengeluarkan zakat.

Pesanan untuk diri saya sendiri dan anda semua, jika bisness anda berkembang maju, dan sudah cukup tempoh untuk  keluarkan zakat, maka keluarkanlah. Tak banyak pun Cuma  2.5% je dari jumlah keuntungan kita. anda boleh agihkan kepada pusat zakat ataupun anda boleh keluarkan kepada mana – mana zakat dari 8 asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Saya ada satu cerita yang saya nak kongsikan kepada anda, bagaimana saya mula bangkit selepas saya jatuh  dan saya mula kenal pasti dan sedar punca utamanya,

dulu  saya sombong dengan ALLAH….

dulu saya tidak ambil berat mengenai ZAKAT……

tapi….

Bila allah tarik semua benda yang saya ada ketika itu….

Saya mulai sedar, hakikatnya kehidupan ini hanya sementara, saya mula mencari dan belajar dengan salah seorang mentor saya, dan salah satu ilmu yang saya dapat darinya adalah ZAKAT. ZAKAT memberi impak yang besar di dalam hidup saya, penyucian harta yang sangat berbaloi dan menguntungkan.

giving

Sekarang setiap hari saya akan cuba kumpulkan duit untuk membayar zakat. Ingat  Allah tidak  memandang kita dari segi darjat yang berbeza. Semua manusia sama di sisi ALLAH yang membezakan kita hanyalah amalan.

Walau sehebat manapun bisness yang anda lakukan, sehebat manapun ilmu bisness yang anda ada, jika pekerjaan yang kita lakukan tidak mendapat redha ALLAH, tidak mengeluarkan ZAKAT, saya yakin bisness anda tidak kemana.

Ya benar bisness semakin untung, tapi kebahagian ALLAH akan tarik.

Ya betul bisness semakin laris, tapi pelbagai masalah yang lain akan timbul.

Janji ALLAH itu pasti. So kita jangan sombong di atas bumi ALLAH ini.

Nak tahu tak, macam mana kehidupan saya selepas saya membayar ZAKAT?? Kalau anda nak tahu, sila sharekan artikel ini, saya akan sambung di artikel yang lain.

Komen Anda?

Close
Top