KELAINAN UPAYA BUKAN PENGHALANG

Menerusi AJL29 tiga tahun lalu dunia hiburan negara menerima suntikan dimensi baru apabila Caliph Buskers berjaya menembusi industri muzik arus perdana. Kumpulan pemuzik dan penyanyi kelainan upaya yang cukup hebat dan besar bakatnya. Kemunculan kumpulan ini membawa bersama sinar baru dan membuka peluang yang cerah untuk bakat kelainan upaya lain untuk turut sama masuk ke dalam industri ini.

Hebatnya, masyarakat di Malaysia juga tidak lagi skeptikal atau menerima mereka atas dasar simpati semata. Tetapi mengangkat mereka menerusi bakat yang dipertaruhkan.

DINIE & KHAI. Ini pula nama baru yang sedang mencipta tapak dalam industri muzik tanah air. Dengan bakat dan kebolehan yang ada, duo ini mula mendapat tempat melalui beberapa paparan cerita dan persembahan di TV tempatan. Mereka juga antara bakat yang sering diundang sebagai artis jemputan oleh agensi-agensi kerajaan untuk membuat persembahan.


Meskipun masih hijau, jika digilap dengan betul saya yakin lama kelamaan nama duo ini akan menonjol juga. Kami melalui Fizo Omar Creative yakni cabang baru di bawah Fizo Omar Channel ingin benar melihat dua anak muda ini berjaya.

Hadir mereka berdua ini di FOC membuatkan kami yang celik ini insaf seketika, melihat kepada bagaimana mereka menguruskan diri mereka sendiri dan kehidupan seharian mereka. Adapun jika kita lihat mereka seperti manusia biasa yang normal, namun di sebalik dua susuk tubuh ini di tersimpan perjuangan hebat yang tiada siapa yang tahu.


Saya bersama team FOC mendoakan kejayaan dua anak muda ini. Mudah-mudahan mereka bakal setanding dengan artis-artis ternama tanah air. Siapa tahu jika di AJL akan datang duo ini bakal menggegarkan industri muzik seperti mana Caliph Basker melakar fenomena sebelum ini.

Komen Anda?

Close
Top