Kenapa Pentingnya Keberkatan Rezeki?

 

 

Salam semua. Harini saya nak kongsikan dengan korang mengenai kepentingan keberkatan rezeki. Korang tahu tak? Punca seseorang hidup tak tenang itu adalah sebab rezeki yang dia dapat tu tak berkat.

Sumber rezeki bagi setiap orang bukan hanya  dalam bentuk wang ringgit, material atau harta benda semata-mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada allah s.w.t, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta kehidupan yang bahagia.

Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan keberkatan iaitu rezeki  walaupun ianya sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat.

Kenapa penting sangat keberkatan rezeki ni??Apa yang akan jadi kalau hasil rezeki yang kita dapat tu tidak berkat??

 

#1: Walau Pun Banyak Tapi Rasa Tak Cukup!

 

 

5

Banyak macam mana pun duit yang kita dapat, kita akan tetap rasa tak cukup. Hidup kita akan menjadi tamak dan sering mengejar dengan kekayaan dunia.

Kita juga akan dalam keadaan yang sentiasa terkejar-kejar. hidup tidak akan rasa aman,

ketenangan?…..Jauh sekali.

Ingatlah, Jika kita sering mengejar dunia, kita tidak akan berjaya kerana dunia sentiasa menjauh daripada kita.

Jadi,…Jika kita seorang yang berniaga pula, berhati – hati dengan setiap urusan perniagaan. jangan ada unsur – unsur yang kita sendiri tidak tahu sumbernya. Jangan menindas orang lain semata-mata nak memuaskan nafsu kekayaan yang sudah tentu tidak ada keberkatan dalam kekayaan yang kita perolehi.

Sebagai seorang pekerja,pula, bekerjalah dengan jujur. elakkan menerima imbuhan, ganjaran, rasuah dan lain – lain demi menambah pendapatan bulanan. Fikirkan jika duit dari sumber yang ragu – ragu itu, digunakan untuk anak dan keluarga di rumah??.

Allahuakbar!

 

#2: Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga!

 

6

Bayangkan, disebabkan perangai  yang gemar menerima duit dari sumber yang ragu – ragu atau sumber yang tidak berkat, kita sebenarnya telah merosakkan seluruh ahli keluarga.

Macamanatu??

Mana tidaknya, duit yang diperolehi secara tidak berkat akan menjadi makan, minum dan tempat berteduh keluarga, nanti akhlak suami dan isteri entah ke mana dan akhlak anak-anak pula tidak terkawal. Rezeki rumah tangga pula berkurangan, semua kerana duit yang tidak berkat telah menjadi darah daging sekeluarga.

Jadi bila anak jadi degil, isteri selalu marah – marah dan rumahtangga tak harmoni, kita mula bertanya apa kesilapan yang kita lakukan. percayalah, disebabkan rezeki itu tidak diberkati, rumah tangga yang kita sayangi jadi porak peranda.

yang bina perniagaan bertahun-tahun jadi makin mundur, produk tak laku, pelanggan tak membeli dan jualan merudum. yang bekerja pula, prestasi kerja makin menurun, bos selalu marah-marah dan kemungkinan di buang kerja. hilang terus sumber pendapatan.

muhasabah diri.., jangan kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga.

 

#3: Ketenangan Tak Kunjung Tiba

 

7

Bukan senang nak dapatkan ketenangan dalam hidup. Bukan mudah untuk bawa ketenangan dalam rumah tangga dan bukan senang nak bahagiakan orang yang tersayang. tapi pasti ketenangan yang dicari itu tidak muncul jika kekayaan yang kita dapat itu adalah dengan cara yang tidak betul.

Dengan cara menindas, dengan cara menipu dan dengan cara yang tidak diberkati allah s.w.t

kita akan selalu sahaja dilanda masalah demi masalah yang menganggu jiwa. belum berpeluang menyelesaikan satu masalah, masalah lain pula yang tiba. mungkin dengan duit yang tidak berkat,boleh kelihatan tersenyum secara zahir, tetapi batin akan tetap terganggu oleh kerana hidup yang tidak tenteram.

 

#4: Dah La Tak Berkat, Makin Dibenci Pula!

 

8

kita akan sentiasa menjemput musuh, kenalan yang ada akan memandang serong, dan keluarga juga akan bergosip dan mula mengutuk. kita akan sering rasa ragu-ragu dengan keikhlasan orang sekeliling yang mendekati oleh kerana diri sendiri mengamalkan amalan yang tidak berkat, maka dengan orang lain pun akan berasa was-was selalu.

kalau dah jadi macam ini, siapa yang kita akan pergi kalau kita ada masalah? kawan?

Sudah tentu tak ramai yang kita percaya kalau perkara macam ini jadi kepada kita, nak pergi ke keluarga, mungkin mereka boleh bantu tapi selalunya akan terjadi pergaduhan besar sebab perkara yang tidak diberkati memang akan mengundang banyak lagi masalah – masalah lain. dari keluarga kecil berkait pula dengan keluarga yang makin besar. makin parah. akhirnya masa raya, tak bertegur kau dan aku, dan paling teruk  rumah pun tak diziarahi.

 

Komen Anda?

Close
Top