KENYATAAN SIDANG MEDIA BERKENAAN ISU VIRAL ‘TUDUNG FAREEDA SWEET LOVE’

                                                 ISU VIRAL ‘SERANGAN FAREEDA SWET LOVE’

 

sekitar sidang media FAREEDA

sekitar sidang media FAREEDA

 

 

Berhubung isu yang menjadi viral di laman sosial media berkaitan viral peminat FAREEDA beratur dan berebut untuk mendapatkan nombor giliran untuk mendapatkan koleksi terbaru tudung FAREEDA yang berlaku di Butik FAREEDA Seksyen 8, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Berlakunya ‘serangan’ yang diluar jangkaan kami dimana kami menjangkakan hanya 1000 orang datang pada hari tersebut,sebaliknya peminat yang datang melebihi 2000 orang.

Pihak FAREEDA telah pun menyediakan seramai hampir 20 orang Pengawal Keselamatan termasuk pihak RELA dan juga hampir 30 orang staff FAREEDA untuk mengawal keadaan serta memastikan kelancaran proses pada hari tersebut.

 

Pada awalnya keadaan memang terkawal dan mereka berada dalam barisan mengikut susunan yang telah pihak kami tetapkan terutamanya golongan wanita dibahagian hadapan dan waktu yang diumumkan untuk proses pemberian nombor giliran bermula jam 5 petang. Sebaliknya ada diantara mereka telah berkumpul seawal jam 12 tengah hari dan mereka mula bertindak agresif, tolak menolak dan sebagainya. Apabila menjelang pukul 3 petang ada kumpulan yang ramai mula merempuh masuk ke dalam barisan.

 

Pihak keselamatan yang betugas tidak dapat mengawal keadaan tersebut dan mereka mula bercampur diantara lelaki dan wanita serta berebut-rebut tanpa menghiraukan peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Akibat dari tindakan tersebut pihak kami terpaksa mengeluarkan nombor giliran lebih awal iaitu jam 3.30 petang memandangkan keadaan menjadi semakin tegang dan diluar jangkaan kami.

 

Penjelasan daripada pihak Fizomawar dan FAREEDA berkenaan isu tersebut

Penjelasan daripada pihak Fizomawar dan FAREEDA berkenaan isu tersebut

 

 

BERKONGSI REZEKI

 

Pihak FAREEDA juga ada menyediakan sistem pembelian secara online untuk koleksi tudung FAREEDA yang kami keluarkan. Malah sistem perkhidmatan penghantaran Door to Door Service juga kami tawarkan di sekitar untuk peminat dikawasan Lembah Klang, Putrajaya, dan Seremban. Tetapi kami masih lagi mengekalkan sistem pembelian secara offline iaitu jualan harian di kesemua 11 cawangan Butik FAREEDA dan juga untuk keluaran koleksi baru. Di atas permintaan tinggi daripada seller dan agent-agent kami yang jumlahnya melebihi 500 orang, mereka mahukan kami untuk keluarkan secara offline tudung koleksi terbaru untuk mereka sama-sama dapat berkongsi rezeki dengan kembali menjual koleksi tudung tersebut dengan harga lebih tinggi dari apa yang kami tawarkan dibutik kami. Hasrat kami bukan sahaja untuk menjana keuntungan dalam perniagaan semata-mata, malah kami juga ingin berkongsi rezeki dengan mereka termasuklah perniagaan jiran-jiran kami di sekitar Bangi seperti hotel-hotel, restoren-restoren yang juga terasa tempiasnya apabila setiap kali keluaran koleksi baru.

 

 

sambutan yang luar biasa daripada peminat dan juga seller

sambutan yang luar biasa daripada peminat dan juga seller

 

 

Kebiasaanya tudung yang kami keluarkan adalah ekslusif dan jumlahnya adalah sangat terhad untuk setiap rekaan dan corak. Ini merupakan antara salah satu faktor yang membuatkan peminat dan juga seller FAREEDA  berebut-rebut untuk dapatkan koleksi tersebut dan keuntungan mereka untuk setiap koleksi tudung boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. Jadi untuk pengetahuan semua mereka berebut-rebut bukanlah semata-mata untuk mendapatkan tudung untuk kegunaan sendiri, tetapi juga untuk mereka kembali menjual kepada pelanggan mereka dan sekaligus menambah pendapatan keluarga. Sehinggakan ada diantara mereka yang memperolehi pendapatan sebanyak 5 angka sebulan dengan hanya menjadi seller tudung FAREEDA  sahaja.

 

 

tudung FAREEDA sweet love yang menjadi rebutan

tudung FAREEDA sweet love yang menjadi rebutan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

DESIGN & PATTERN

 

Semestinya setiap rekaan tudung (Reka Bentuk Perindustrian/Industrial Design (ID)) yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA didaftarkan di Perbadanan Harta Interlek (MyIPO) dan dilindungi dibawah Akta Hak Reka Cipta 1987. Sehingga kini lebih 100 rekaan tudung (ID ) FAREEDA telah pun  didaftarkan. Apabila sesebuah rekaan tudung (ID) tersebut berjaya didaftarkan barulah pihak kami memulakan proses pemasaran dan memperkenalkanya secara rasmi kepada pelanggan. Rekaan tudung (ID) yang didaftarkan mengikut syarat-syarat adalah lebih kepada cara sambungan, jahitan dan bentuk siap untuk setiap jenis tudung.

 

Pattern pula adalah lebih merujuk kepada corak material kain tersebut dan ia selalunya bergantung kepada trend semasa. Kami tidak mendaftarkan pattern disebabkan pattern tersebut bukan hak milik kami kerana setiap corak kain yang digunakan adalah di import dari luar negara dan ianya bukan buatan sendiri serta telah berada dipasaran. Pattern yang dikeluarkan adalah bergantung kepada pengilang yang kebiasaannya membuat pengeluaran secara mass production dengan kualiti kain yang berbeza. Corak ‘sweet love’ FAREEDA yang menjadi fenomena ini sebenarnya telah pun dikeluarkan oleh syarikat FAREEDA disekitar tahun 2012 dengan rekaaan tudung (ID) yang berbeza. Cuma pada tahun 2016 ini, diatas permintaan peminat kami sekali lagi mengeluarkan pattern yang sama tetapi dengan rekaan tudung (ID) berbeza iaitu ‘FAREEDA Princess of Persia’ yang telah pun kami daftarkan dengan Perbadanan Harta Interlek Negara (MyIPO).

 

 

 

Fizo Omar

Pengurus Pemasaran

Fareeda Global Resources Sdn Bhd

 

Komen Anda?

Close
Top