KERAMAT MENANGIS.

Membaca, menulis, melihat foto dan visualnya, hati ini tidak kuat. Sambil mengarang sambil airmata bergenang. Al-Fatihah untuk anak2 Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, KL yang terkorban.

Banyak artikel yang dikongsikan tak kira di laman sosial mahupun menerusi portal2 berita merenggut hati saya. Dari pagi semalam lagi saya dimaklumkan oleh orang disekeliling tentang perkara ini. Tetapi malam tadi baru saya berkesempatan untuk membaca kisah malang yang menimpa pusat tahfiz berkenaan.

 

Hati saya sebu. Pelbagai perkara saya fikirkan dan segala rasa berganti.

Doa dan ingatan saya tak putus2 untuk anak2 tahfiz yang terlibat. Tapi dalam masa sama saya cuba untuk meletakkan diri saya ditempat ahli keluarga yang menerima ujian ini. Lebih2 lagi apabila saya terbaca mengenai surat yang ditinggalkan oleh seorang anak tahfiz kepada ibu bapanya beberapa hari sahaja sebelum kejadian menyayat hati ini berlaku.

Saya percaya sesiapa sahaja yang membaca isi kandungan surat itu akan tersentuh. Kasih sayang serta doa antara ibubapa dan anak mereka yang kini terpisah, saya doakan akan kekal bersama di syurga Allah kelak. Aamiin.

Komen Anda?

Close
Top