LELAKI INI JADI JUTAWAN SETELAH MENJUAL “BATU PELIHARAAN”!

Menjual  batu sebagai haiwan peliharaan ! dengar seperti satu bahan jenaka, tetapi tahukah anda, si penjual batu ini menjadi jutawan setelah produk ciptaannya meletup – letup dan mendapat tempat di hati pelanggannya. !

Gary Ross Dahl berasal dari California, dia yang mengilhamkan hasil produknya sebagai “Pet Rock”  pada tahun 1970. Perniagaan beliau menjadikan hidupnya berubah 360 darjah, dan sekaligus menjadikan beliau seorang jutawan.

Pada awalnya Dahl bekerja sebagai copywriter iklan. Idea untuk menjual “Pet Rock” muncul ketika Dahl berkumpul bersama kawan – kawanya di sebuah bar. Mereka berbual mengenai masalah tentang penjagaan haiwan perliharaan mereka.

Dahl menjawab, aku tiada sebarang masalah menjaga haiwan peliharaanku, kerana haiwan perliharaanku adalah batu”

Pada masa itu semua orang ketawanya, dan mulainya dari itu dia melanjutkan ideanya sebagai sebuah bisnes.

Dahl membeli berkotak – kotak batu dari mexico untuk menghasilkan “Pet Rock” untuk di jual kepada pelanggan – pelangganya.

Dahl menghias batu – batu pantai itu dengan kemas, dia meletakkan “sarang” untuk batu dan kotaknya di lubangkan agar batu di dalam itu boleh bernafas, seolah – olah ada makhluk hidup di dalamnya.

Lebih menarik dahl memberikan “buku panduan”untuk memelihara batu tersebut.  “buku panduan”itu memberikan arahan seperti batu itu benar – benar hidup.

Dalam beberapa bulan saja, Dahl berhasil menjual 1,5 juta batu dengan harga empat dollar Amerika per biji. wang dari penjualan ini  digunakan  untuk membeli rumah beserta kolam renang dan sebuah kereta Mercedes.

Namun kemudian usaha Dahl tidak berkembang, kerana ramai peniaga mula meniru ideanya dengan inovasi yang menarik, seperti menjual batu yang berlambang bendera Amerika, batu jenis tertentu dengan bentuk tertentu, dan banyak lagi. Di akhir tahun 70-an, usaha Dahl mengalami penurunan dan Dahl jatuh  bankrupt.

Seterusnya dahl mengunakan duit hasil jualan “Pet Rock”nya unruk membuka bisness lain di Los Gatos, dan Dahl juga menulis buku berjudul Advertising for Dummies yang diterbitkan tahun 2001.

Terinspirasi tak dengan idea pelik usahawan batu ini? Idea pelik beliau pernah membuatkan beliau menjadi seorang jutawan !

Kalau anda, apa idea pelik anda yang boleh untuk di bisneskan. Jom Sharekan idea dan kita realisasikan idea itu seperti usahawan batu ini.

Siapa sangka batu tepi jalan yang tidak berharga, boleh ubah hidup manusia jadi kaya raya. Betul tak?

Komen Anda?

Close
Top