MAK BAPAK SEGALA BAJET

ASSALAMUALAIKUM semua..

Dari petang semalam sehingga ke hari ni, dari meja koperat sampailah ke meja kedai kopi kaki lima.. bajet 2018 jadi antara tajuk bualan.
Semua orang nak tahu, apa bahagian AKU dpt tahun depan?. So.. secara ringkasnya yg menjadi perhatian saya ada beberapa perkara..

INTERNATIONALE-ENTREPRENUERSHIP
Tahun 2018, kerajaan terus memperkasakan bidang keusahawanan, terutama PKS dimana usaha nak membangunkan sehingga ke pasaran antarabangsa. Ye la, kita asyik bercakap tentang pasaran tempatan, bolehlah jenguk-jenguk cara pasaran dunia pula kan?. Inisiatif yang bakal digerak dibawah agensi penggerak macam MATRADE, MIDA & SME CORP. Siap ada perlindungan insurans & pembiayaan utk eksport lagi. Tokey-tokey perabot pun ada suntikan pinjaman.

MILLENNIAL DIGITAL


Saya pun melihat dari perspektif usahawan, platform media sosial & e-marketplace yg semakin kukuh di negara kita ni, maka semakin rancaklah hendaknya usahawan kita buat bisnes. 90% rakyat kita yg ada akses pd internet yg mana 80% darinya aktif. Senang ceritanya, sekarang ni.. ada akaun FB, IG.. dan boleh buat bisnes. Dah tak mcm dulu, nk kene ada kedailah, naik signboard lah.. nak tunggu balik modal tu berdarah hidung.

Semua orang ada peluang yg sama rata, Cuma yg diperlukan adalah usaha & bertindak pantas dgn betul. Tahun depan, e-Usahawan, e-Rezeki diteruskan dan pakej sekali dgn e-ladang. Waaa… best sangat ni.

PERTANIAN – RM 6.5 BILION
Alhamdulillah.. nelayan, penoreh getah, sawah padi waimah sawit pun terus mendapat perhatian dalam Bajet 2018. Seiring dgn e-ladang, ianya mcm pakej combo. Dibangunkan bermula dari perut bumi sehinggalah ke alam digital. Sekali lagi saya melihat ianya peluang buat sektor pertanian untuk sama-sama bangkit untuk raih pendapatan berterusan.

Sebenarnya renyah dunia pertanian ni, kene banyak bersabar.. dan tak semua orang sedia berhempas pulas dalam dunia pertanian, penternakan mahupun perikanan. Ye lah, berpanas, berhujan.. dan hasilnya kadang makan berbulan-bulan. Dalam nak menunggu kandang, ladang, sawah padi, kebun-kebuan membuahkan hasil.. ada juga ruang untuk bernafas dgn insentif dari Bajet 2018.

 

DOA UNTUK 2018


Ya, sebagai seorang usahawan, saya amat menyambut baik Bajet 2018 dan saya yakin semua orang mendapat manfaatnya. Bukan saje sektor awam, malah sektor swasta sehinggalah hal cuti dan jaduak waktu kerja buat ibu mengandung disentuh. Malah.. baby 2018 bakal disambut dengan simpanan masa depan. Dari berkeluh kesah, ada baiknya kita bersyukur dan selalu saya ingatkan diri sendiri dan protégé saya.. REZEKI DARI ALLAH TIADA TERBATAS.. teruskan usaha, teruskan berdoa kerana rezeki kita adalah atas Ehsan & Kasih Sayang dari NYA.
Tahniah atas pembentangan Bajet 2018, ringkasnya ia amat cermat dan jelas.

Komen Anda?

Close
Top