MAKSUD SEBENAR FOKUS!

Salam Semua,

Apa khabar anda harini? Masih berpuasa 6 ke? Hari ini hari terakhir untuk kita berpuasa enam.. Harap-harap anda sudah sempat untuk melakukan ibadah sunat yang satu ni, kalau hari ini hari terakhir anda berpuasa enam, saya doakan anda dapat menghabiskan puasa anda hari ini dengan baik. Belajar erti fokus yang sebenar dan cara untuk fokus. Fokus untuk BACA dan FOKUS untuk BERJAYA.

 

F- Fokus

Apa maksud FOKUS? Semua orang pun tahu nak berjaya kena fokus tapi ramai tak tahu apa itu fokus? nak fokus apa? nak fokus macam mana? nak fokus dekat apa?…Sebenarnya FOKUS adalah follow one course until success bila buat satu benda separuh jalan, tak habis..bila gagal je give up, bila susah sikit change direction, ada masalah sikit mula goyah..dalam bisnes ada sangat banyak dugaan. Kejayaan dan dugaan adalah kawan baik…kejayaan takkan datang tanpa dugaan, hubungan diorang macam kembar. Orang yang berjaya dan bisnes dia berjuta-juta, ujian dan dugaan dia jugak adalah pada tahap berjuta-juta. Kita yang meniaga kecik-kecik ni ujian dan dugaan yang datang jugak pada tahap yang kecik. Kalau kita dapat dugaan dulu, Kalau kita boleh mengatasi dugaan tersebut, insha-allah kejayaan akan datang tak kira dalam apa cara sekalipun. Allah dah aturkan yang terbaik. Allah takkan bagi ujian yang kecil untuk kejayaan yang besar. Itu maknanya ujian anda belum cukup.

Memang ada orang dapat dugaan dulu baru dapat kejayaan, tapi sekurangnya dia dah lalui semua keperitan tu..jadi dia dah bina asas batu-bata yang sangat kuat untuk jadi empayar kejayaan yang tinggi, walaupun mungkin akan runtuh sebab pelbagai faktor, hujan, ribut tapi kalau runtuh sekalipun musnahnya tak banyak, asasnya sedia ada untuk dibina semula. Tapi masalahnya ramai orang yang nak kejayaan dulu berbanding dugaan…bila dah terbiasa senang dulu, tak pernah merasa susah, selesa berada dekat atas atas je..tak pernah menjenguk ke bawah,  bila tiba-tiba datang perkara tak diduga, alat pertahanannya tidak ada, kalau bangunannya runtuh nak bina balik payah sebab asasnya binaannya lemah, nak bina balik tak tahu cara. Sebab tu bila dah berjaya tiba-tiba jatuh susah nak berdiri balik. Sebab tak tahu, sebab tu pentingnya ada ilmu. Bila kita ada ilmu, ilmu itulah yang akan bantu kita untuk mengatasi masalah kita. Ilmu ini senjata dia sangat tajam. Sebab tu surah pertama adalah unjuran untuk membaca. Sebab daripada membaca kita akan dapat ilmu. Walaupun sekarang ilmu ni boleh dapat dalam pelbagai cara tapi tetap dengan membaca akan mudahkan kita ingat segala perkara. Bila kita terlupa sekalipun, hanya dengan membaca balik kita akan ingat semula.

 

Cari ilmu dulu sebelum meneruskan kehidupan kita. Kalau boleh daripada kecik lagi kena ajar pelbagai ilmu. Tengok anak cina ramai yang dari kecik lagi hantar pergi kelas seni lah, pergi seminarlah….sebab tu orang cina buat bisnes hebat-hebat, sebab dari kecik lagi dah hantar anak pergi belajar bisnes. Orang cina dari kecik lagi depa bagi ilmu, anak melayu kita dari kecik lagi dapat duit. Selalu bagi duit ja sampai tak reti nak cari duit sendiri…budak-budak kecik kalau tengok beli kat kantin pun kadang-kadang tak reti kira nak bayar, anak-anak cina takat guna sempoa tu kacang ja nak guna, anak kita?

 

O- Opportunity

Peluang, setiap orang ada peluang..sama rata. Jangan sesekali kata saya tak ada peluang dalam hidup..Kalau selagi kita boleh  bernafas, ada oksigen yang kita boleh sedut, selagi kita masih ada dalam jasad, ada roh, selagi itu kita ada peluang dan diberikan peluang sama rata sebagai hamba Allah. Maksudnya rezeki ni ada dimana-man untuk semua, jangan pulak kata ko takpelah rezeki ko murah. Sebenarnya rezeki ni kita kena cari. Rezeki adalah peluang, peluang sebenarnya datang setiap hari dalam hidup kita. Saya percaya yang anda yang membaca ni pun ada peluang. Cumanya, anda kena identify peluang yang ada depan mata, grab cepat-cepat then utilize atau maksimumkan potensi peluang yang ada. Contohnya, kita pernah dioffer belajar sesuatu, kita ada tahu ada seminar perniagaan oleh mentor yang berpengalaman, itu peluan kita untuk belajar dan tamabh ilmu tambah-tambah lagi kita nak berbisnes. Saya sendiri pun tak berhenti belajar dan sentiasa dahagakan ilmu. Bila saya jumpa orang yang hebat-hebat, saya akan approach  dia dan mintak dia untuk berkongsi ilmu dengan saya. So, saya guna peluang yang mana saya kenal dia dan terus saya ambil peluang untuk belajar.

Once kita dah ada ilmu, kita tau macam mana nak start bisnes, macam mana nak expand bisnes, macam mana nak bertahan bila ada krisis atau konflik dalam bisnes. Peluang yang bagus adalah bila dah sampai depan mata, kita cepat-cepat grab dan guna untuk jadikan value-added atau tambah nilai untuk diri kita. Kadang-kadang kebanyakkan kita suka ambil peluang tapi niatnya tak betul. Terpulanglah macam mana tapi sejauh manakah kita nak pergi kalau peluang kita ambil itu bukan untuk perkara yang baik.Tuhan dah beri peluang kat semua manusia sama-sama. Tinggal kita je nak guna peluang tu macam mana. Kadang-kadang kita heran camana kawan kita boleh berjaya daripada kita, padahal masuk sekolah sama, pakai baju lebih kurang sama, belajar dalam kelas sama tapi dia lagi berjaya daripada kita. Kenapa dia berjawatan tinggi atau ada bisnes? Mungkin peluang dia masuk universiti, dia ambik peluang tu belajar, dapat result bagus dan bila dah graduate dapat kerja bagus. Ada orang dapat peluang berbisnes, bila ada je peluang seminar atau kelas-kelas perniagaan depan mata, dia pergi untuk tambah ilmu dan improve bisnes dia, jadi rezekinya ada dalam bidang bisnes sebab dia dah maksimakan peluang dia dalam bisnes. Dia guna peluang yang Allah s.w.t beri pada dia sebaiknya jadi dia berjaya. Itu beza kita dengan dia. Bila kita guna logistik yang tepat, bila kita nak berbisnes, kita kawan dengan orang yang ada bisnes, kita belajar dengan orang yang ada bisnes, cari logistik yang tepat, environment yang akan support kita untuk optimumkan pengunaan peluang kita tu.
C- Commitment

Kalau kita tak bagi sepenuhnya komitmen yang kita buat, kita tak akan berjaya. Kita bagi komitmen yang berterusan kemudian kita tawakal. Seorang guru saya pernah cakap, belajar daripada burung. Kenapa burung boleh terbang tinggi? Sebab dia bagi komitmen untuk terus mengepakkan sayap tanpa henti, dengan penuh yakin (percaya) dan tawakal (berserah) jadi makin lama makin tinggi di udara, lama-lama burung pun bebas untuk terbang dengan caranya yang tersendiri. Macam tu juga bila kita nak buat bisnes, kita betul-betul tawakal bila kita dah berusaha untuk berjaya. Macam burung tadi tu jugak, terbang tinggi ke rendah ke tetap tak berhenti mengepakkan sayapnya. Angin kuat ke, ribut datang ke, bertembung dengan kapal terbang ke, dia tetap akan terbang. Sama jugak dengan kita dalam kehidupan, kena bagi komitmen dengan apa sahaja yang kita nak usahakan.

Saya harap usahawan-usahawan dekat luar sana sentiasa bagi komitmen 200%  sebab komitmenlah yang akan menentukan sejauh mana kejayaan anda tak kisahlah dalam bidang bisnes ke atau makan gaji ke…asalkan buat dengan komitmen pasti akan berhasil sebab no matter what happens kita akan teruskan jugak. Komitmen adalah wajib selain daripada 2 kat atas. Sebab akronim FOCUS itu sendiri bermaksud ‘focus one course until you success’, jadi nak sampai tahap success tu komitmenlah yang harus berterusan dan mantap. Selagi tak sampai tahap S- Success maknanya komitmen kita tak abes lagi, bila dah sampai tahap success barulah kita komitmen kita tu complete. Nak sustain kejayaan tu pulak perlukan komitmen yang lain pulak. Jangan ambil remeh peluang yang ada depan mata, sedangkan lipas pun ada orang bela jual untuk bisnes dapat duit kaw-kaw, pasti ada banyak lagi bisnes lain yang kita boleh buat untuk jadi sumber pendapatan kita.

Soal rezeki datang dari Allah dan rezeki yang paling best saya rasa adalah rezeki idea. Allah menggerakkan semua makhluknya untuk berfikir. Bila dapat idea, macam mana kita nak implementkan dia dalam dunia realiti? Macam-macam cara nak buat itu ini tapi kalau satu pun kita bajet nak buat tapi ilmu takde, fokus takde, peluang ada tapi biar je, komitmen separuh je, lupakan saja angan-angan untuk berjaya, kerana anda tidak  akan dapat follow one course until success tanpa adanya semua ni. Tapi kalau anda nak berjaya, hadam dengan baik keempat-empat ini perkara ini, biar jadi sebahagian daripada anda barulah boleh terbang setinggi mungkin di udara setinggi yang anda harapkan. Selamat Berjaya!

Komen Anda?

Close
Top