MANA HILANG ADAB KITA?

Saya nak share sikit luahan perasaan saya berdasarkan apa yang saya perhatikan sejak dua menjak ni. KOMEN. Baca je komen orang kat mana-mana platform media sosial, boleh menyirap. Sebab apa? TERLALU MELAMPAU! Tak kira isu. Kadang-kadang tu, isu kecil pun ada yang besarkan & tak mustahil ada yang akan menjurus kepada fitnah.

TINGGI MANA ILMU AWAK?
Bila komen tu, tolong lah beradab sikit & elakkan sentuh isu sensitif. Bukan apa, sapa lah kita ni nak hukum orang macam kita ni Tuhan. Contohnya isu simple macam personal opinion. Bila ada orang yang tak sama pendapat dengan kita, chill lah…opinions are to be celebrated. Ini tak, siap label orang ni bodoh, jahil, tak ada otak…macam-macam lagi lah…

PUAS HATI?
In theory, when you say something bad about other people, it doesn’t reflect them but instead, it reflects your real personality. Setuju? Orang yang penuh dengan adab & tinggi ilmunya takkan riak dengan apa yang dia tahu sebab tinggi macam mana pun ilmu awak, awak kena ingat, semua Itu milikNya. Actually, apa yang korang dapat bila komen dengan laras bahasa macam tu? Kepuasan diri? Do enlighten me.

BALIK LAHH…
Balik lah ke pangkal jalan di mana kita suburkan balik adab bila nak beri pendapat. Malulah kalau umur dah 20an ke atas, tapi komen mcm budak sekolah rendah. Korang aware tak yang adik-adik korang actually boleh baca komen-komen tu? Lepas tu, dia akan ikut lah cara korang. In the end, mana nk capai adab tu? Tak melambangkan rakyat Malaysia langsung sebab Rukun Negara yang ke-5 tu tak dipraktikkan.

Sorry lah kalau ada yang terasa dengan tulisan ringkas ni. Bukan apa, saya dah penat baca all the negative comments on the net because it is poisonous. Bila negativity environment ni membesar, maka ruang untuk positivity akan menjadi kecil. Korang nak ke hidup dalam negativity sampai hujung nanti? Saya tak nak. Let’s make this world a better place together. Kita selalu agungkan adab org Jepun kan? Apa kata kita belajar daripada mereka & kita tunjuk kat dunia yang Malaysia juga tinggi nilai adabnya.

Together, we make a better Malaysia.

Komen Anda?

Close
Top