MENU PALING TOP DI FIZO MAWAR KITCHEN (FMK)

Kalau datang Bangi atau Kelantan, korang jangan lepaskan peluang untuk singgah di Fizo Mawar Kitchen (FMK), Lokasi pertamanya terletak berhampiran Bangi sentral dan cawangan keduanya terletak di Tambatan Di Raja Kota Bharu kelantan.

Antara menu wajib yang korang kene cuba kalau datang ke FMK adalah:

#1. Phad Thai / Mee Goreng Thai

Makanan mee thai ini boleh dikata sangat rare dan susah nak jumpa di kedai – kedai biasa. Mee phad thai yang di import khas dari negera gajah putih dan di bawa terus ke dapur FMK di masak bersama pes homemade khas untuk para pengunjung yang datang ke FMK. Kalau korang pengemar makanan ini korang boleh try! Serious sangat berbaloi.

 

#2. Kau Mok Khai

Kau Mok Khai ni sebenarnya kita boleh jumpa di mana – mana kedai kalau kita berjalan di Kelantan. Tapi Kau Mok Khai di FMK sangat berbeza di kedai – kedai yang korang pernah pegi. Gorengan ayam  bersalut rempah ratus terpilih yang di goreng kuning keemasan dan digabungkan lagi dengan nasi beras Bastmathi di import khas dari Thailand membuatkan penggemar nasi ini tidak menyesal jika mereka yang ingin mencubanya.

 

#3. Daging Bakar

Kalau sebut je daging bakar korang mesti termimpi – mimpi daging bakar di Dannok Thailand, uish pastinya buat kecur air liur korang.! So kalini tak payah jauh – jauh nak start enjin kereta ke Dannok Thailand, Korang hanya boleh dapatkan di FMK Bangi dan Kota Bharu!

Daging dibakar bersama rempah ratus istimewa serta dicicah dengan sos beras goreng pasti membuatkan korang tak tidur malam.

 

#4. Bangkok Tomyam

Bagi pengemar tomyam, di FMK adalah salah satu tempat yang sesuai untuk korang mencuba makanan tomyam ini. Resepi original bersama pes khas dari Thailand dimasak bersama udang, sotong, lala, ayam segar, memberikan rasa keaslian tomyam Bangkok! Korang jangan lupa nak try menu wajib ni!

Komen Anda?

Close
Top