MULIANYA SEDEKAH “ABU DOM DOM”

Assalamualaikum

Pagi !!

Dah baca ke 5 perkara yang buat anda tak akan berjaya? Hah sapa yang tak baca lagi tu boleh klik ke link ni ye https://fizoomar.com/5-perkara-buat-anda-tidak-berjaya/3079

Korang kene baca kalau nak berjaya !! harini saya terdengar satu cerita sahabat nabi yang sangat miskin tapi hatinya sangat bersih.

Korang pernah dengar kisah mengenai “Abu Dom Dom”?  sahabat nabi yang sangat miskin.

Siapakah Abu Dom Dom?

Sebenarnya Abu Dom Dom,  ni sahabat Nabi S.A.W yang sangat miskin, dia tidak mempunyai apa – apapun walaupun sebiji kurma.

Satu hari, Nabi S.A.W memerintahkan kepada Abu Dom Dom untuk bersedekah, kemudian beliau terus pulang ke rumah untuk mencari sekeping dinar atau dirham untuk di sedekahkan.

Nak tahu apa jadi?

Beliau tak jumpa apa – apapun harta di rumahnya.

Pada malam itu beliau bertahajud 2 rakaat dengan sepenuh hati dia berdoa kepada ALLAH :

“Ya ALLAH, orang – orang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka untuk berjihad dan yang memiliki unta boleh menyiapkan unta mereka.

Sedangkan aku ini, tidak mempunyai harta benda, kuda ataupun unta.

Ya ALLAH, kerana itu aku sedekahkan kepadaMu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini.

Ya ALLAH, setiap orang yang berbuat zalim kepadaku atau mencelaku atau mencaciku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka sentiasa sihat, mendapat kemudahan dan menerima kemaafan daripadaMu.”

Akhirnya,

ALLAH pun menerima amalan sedekahnya.

“Sesungguhnya ALLAH hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertaqwa” (al-Maaidah : 27)

Hebatkan amalan sedekah yang dilakukan oleh Sahabat Nabi Abu Dom Dom, sedekah yang sangat unik, tak semestinya bersedekah menggunakan harta dan kekayaan yang ada, cuma berbekalkan hati yang bersih dan bersangka baik pada orang lain.Sungguh, hati itu yang dipandang Allah bukan paras rupa dan penampilan mu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Komen Anda?

Close
Top